(HIBURAN) Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio

Spread the love

Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio adalah program sulung Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersempena dengan sambutan ulang tahun OSK yang ke-30. Semenjak OSK dilancarkan pada 1993, kumpulan orkestra ini berjaya mengadakan pelbagai jenis persembahan bersama bintangbintang ternama tempatan seperti kumpulan Wings, Anuar Zain, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yuna dan ramai lagi. OSK juga pernah mengadakan persembahan di luar negara seperti di Esplanade, Singapura (2003) dan Tokyo dan Osaka, Jepun bersempena dengan Asia Orchestra Week 2004.

 Program kerjasama bersama Kedutaan Itali di Malaysia akan menampilkan seorang pemain violin yang tersohor, Domenico Nordio. Beliau mula menguasai alat muzik violin sejak resital pertamanya pada umur 10 tahun dan menjadi juara dalam pertandingan Viotti International Competition in Vercelli ketika usianya mencecah 16 tahun.  Asahan bakat beliau dalam menguasai alat muzik violin telah menerpa nama beliau di pentas bertaraf antarabangsa dan sering dijemput untuk membuat persembahan bersama orkestra-orkestra terkemuka di dunia.

“Pertama sekali, kami berterima kasih atas peluang keemasan yang diberikan oleh Kedutaan Itali di Malaysia yang bekerjasama untuk membawa soloist, Domenico Nordio ke Malaysia dan membuat persembahan bersama OSK. Kedua, persembahan seperti ini menyerlahkan bakat pemuzik OSK sebagai pemain muzik yang profesional, seramai 39 pemuzik profesional OSK akan terlibat dalam konsert ini,” dipetik oleh Encik Nasran Nawi selaku Konduktor, OSK ketika bercakap mengenai persiapan untuk konsert ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar turut menyatakan fokus utama program ini diadakan untuk mempromosikan OSK sebagai Orkestra Kebangsaan dan Panggung Sari, Istana Budaya sebagai salah satu ruang persembahan yang berprestij kepada khalayak. “Selain itu, pementasan seperti ini dapat memberi pendedahan dan menarik minat anak muda untuk mengenali orkestra simfoni dan komposisi western classical. Pada waktu yang sama, persembahan ini juga mampu meningkatkan sektor pelancongan di negara kita” jelas beliau.

Sambutan 30 tahun penubuhan OSK akan diadakan sepanjang minggu bermula 8 11 Mac 2023 bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik menanti peminat-peminat di Istana Budaya.  Antara program-program yang akan diadakan sepanjang minggu adalah Open Rehearsal, Pameran 30 Tahun OSK, Pameran dan Jualan Alat Muzik Violin, Bengkel Violin, Pameran Soloist, Domenico Nordio, MasterClass oleh Datuk Mustafa Fuzer Nawi, Contemporary Italian Bow, Contemporary Italian Violin, Persembahan Kuartet Genius Seni Muzik (GSM), Jualan cenderamata dan diakhiri dengan pementasan Konsert Klasik yang akan menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio.

Istana Budaya ingin mengalu-alukan pengunjung untuk turut serta dalam program-program yang dijadualkan sepanjang minggu tersebut. Kepada yang berminat, sila hubungi Unit Promosi Istana Budaya di talian 03-4026 5555 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jualan tiket untuk Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali akan dilaksanakan bermula 27 Februari 2023 melalui laman sesawang Istana Budaya, www.istanabudaya.gov.my dan Kaunter Box Office, Istana Budaya bermula 8 Mac 10 Mac 2023 (11.00 pagi hingga 4.30 petang), 11 Mac 2023 (2.00 petang hingga 9.00 malam) pada harga RM30.00 (Grand Circle & Upper Circle).

LATAR BELAKANG SOLOIST

Domenico Nordio adalah seorang pemain violin yang tersohor di dunia. Beliau merupakan anak didik Corrado Romano dan Michèle Auclair. Beliau dilahirkan di Venice pada tahun 1971, pada usia enam belas tahun Nordio telah memenangi

Pertandingan Antarabangsa Viotti di Vercelli. Selepas memenangi Pertandingan di Paris Thibaud, Pertandingan Viña del Mar Sigall dan Pertandingan Marseille Francescatti, Grand Prix Eurovision yang diperoleh pada tahun 1988 beliau mengorak langkah ke pentas antarabangsa.

Beliau telah membuat persembahan di pelbagai pentas berprestij dunia seperti di Carnegie Hall di New York, Salle Pleyel di Paris, St. Petersberg Philharmonic Hall, Teatro alla Scalla di Milan, Barbican Center di London dan Suntory Hall di Tokyo,

Dewan Filharmonik Enescu Bucarest, Teatro Municipal Rio de Janeiro, Teatro Colón Buenos Aires, Dewan Besar Riga, Sociedad Filarmonica Lima, Teatro Coliseo Buenos Aires, Sala São Paulo, Auditorium Teatro Manzoni of Bologna Milan, Dewan Recital Melbourne, Teatro Bibiena Mantua Santiago de Chile, Tokyo, Kuala Lumpur, Hong Kong, Brasilia, Mexico City, Festival Tbilisi, Dewan Zaryadye Moscow, Auditorium Negara Montevideo’s Sodre.

Beliau telah berkolaborasi bersama orkestra-orkestra terkemuka seperti London Symphony, National de France, Accademia di Santa Cecilia, Rome, Orchestra Nazionale della RAI, Orchester de la Suisse Romande, Caracas’ Simon Boliviarr Orchestra, Istanbul Borusan Philharmonic Orchestra, Enescu Philharmonic Orchestra, SWR sinfonieorchester Stuttgart, Moscow State Symphony. Beliau juga pernah membuat persembahan di bawah pimpinan konduktor ternama dunia seperti Flor, Steinberg, Casadesusu, Luisi, Lazarev, Aykal, Konsertgebouw.

30 TAHUN PENUBUHAN ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN (OSK)

Sejarah Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bermula pada tahun 1989, apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah melantik seramai 17 ahli muzik profesional sepenuh masa sebagai asas kepada penubuhan orkestra tersebut. Pada tahun 1993, OSK telah pun dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu.

Semenjak dilancarkan pada 28 Ogos 1993, OSK telah mengadakan pelbagai corak persembahan selaras dengan kehendak semasa, dalam dan luar negara. Selain memainkan lagu-lagu klasikal barat, opera, ballet dan muzikal, Orkestra ini juga sentiasa mendapat perhatian apabila banyak mengiringi artis-artis terkemuka tanah air seperti Yuna, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wings, Jamal Abdillah Jaclyn Victor, Stephen Rahman Hughes dan ramai lagi. Pada waktu yang sama, OSK turut dijemput untuk menjayakan konsert ternama seperti Video Games Live, West Side Story, Harry

Potter and the Philosopher’s Stone in Concert, Final Fantasy in Concert Opera dan Ballet. Selain itu juga, OSK telah berjaya mengadakan persembahan – persembahan di luar negara seperti di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun bersempena dengan Asia Orchestra Week 2004.

Pada 2018, OSK menyambut 25 tahun penubuhannya melalui 25th Malaysia Anniversary Concert of NSO yang telah mempersembahkan repertoir yang meluas dalam pelbagai jenis muzik termasuk persembahan lagu-lagu Malaysia dalam bentuk simfoni. Hubungan erat OSK dengan Kedutaan Luar Negara menjadikan populariti OSK meningkat dan menerima pimpinan dari konduktor undangan terkenal dunia.

Sepanjang 30 tahun, OSK telah mencapai prestasi yang cemerlang dengan mempertingkatkan industri muzik negara melalui pelbagai persembahan yang memukau sehingga menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kini, OSK dianggotai seramai 39 ahli muzik profesional sepenuh masa di bawah pimpinan Encik Nasran Nawi. Khidmat tenaga pemuzik bebas profesional tempatan dan luar negara sering diundang bagi mengisi keperluan persembahan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *