Tag: MENAMPILKAN

(HIBURAN) Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio

Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio adalah program sulung Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersempena dengan sambutan ulang tahun OSK yang ke-30. Semenjak OSK dilancarkan pada 1993, kumpulan orkestra ini berjaya mengadakan pelbagai jenis persembahan bersama bintangbintang ternama tempatan seperti kumpulan Wings, Anuar Zain, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yuna dan ramai lagi. OSK juga pernah mengadakan persembahan di luar negara seperti di Esplanade, Singapura (2003) dan Tokyo dan Osaka, Jepun bersempena dengan Asia Orchestra Week 2004. Read more →

(HIBURAN) SNOOP DOGG MEMPERSEMBAHKAN: ALGORITHM (GLOBAL EDITION), MENAMPILKAN JOE FLIZZOW DALAM LAGU “ALRIGHT” BERSAMA METHOD MAN, REDMAN DAN NEFERTITTI AVANI, KINI DI VIA DEF JAM RECORDINGS

Snoop Dogg – Bintang dunia, usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif Kreatif dan Strategik Def Jam Recordings – menerajui projek sulungnya untuk syarikat rakamannya – sebuah projek gergasi yang menampilkan 32-artis, dalam 25 lagu berjudul Snoop Dogg Presents THE ALGORITHM – untuk pasaran dunia dengan pelancaran ALGORITHM (The Global Edition). Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.

Read more →

(HIBURAN) Joe Flizzow Turun Padang dengan Single Penuh Wawasan,”CIAO”, Menampilkan MK & Jay Park”

“Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one“- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan. Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena. Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi. Muncul “CIAO”, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia. Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – “hello” dan “selamat tinggal” – Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 dan bagi mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita. Read more →

(HIBURAN) Majlis makan malam anjuran Prima Juta Resources dan Electro menampilkan Anuar Zain sebagai artis utama.

4

Pasukan Electro, yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan F1 in Schools Technology Challenge peringkat antarabangsa pada September  akan datang, sedang bekerjasama dengan Syarikat  Prima Juta Resources  menganjurkan majlis  makan malam pada 25 Julai 2015 (Sabtu) di Shah Alam Convention Centre (SACC).  Majlis Makan Malam ini akan dihiburkan oleh artis terkenal tanahair, Anuar Zain bersama para pemuzik serta pengarah muzik beliau, Ms SzeWan. Majlis ini juga turut menampilakan persembahan dari Alyah dan juga bakal diceriakan dengan kehadiran Sharifah Shahirah sebagai pengacara majlis. Read more →

(SEMASA) ASIAN FOOD CHANNEL MENAYANGKAN TERBITAN TERKININYA, ‘HOW TO MAKE IT: CULINARY DREAMS’, MENAMPILKAN SELEBRITI MALAYSIA, AWAL ASHAARI

02

Pada hari Rabu, 9 April 2014 jam 9 malam (Jakarta/Thailand 8 malam), Asian Food Channel (AFC), sebahagian daripada jenama media gaya hidup Scripps Networks Interactive, dengan bangganya mempersembahkan terbitan terkininya, ‘How to Make It: Culinary Dreams’ di Saluran Astro 703. Diterbitkan dengan kerjasama Kolej Universiti KDU dan IMI University Centre (IMI), siri 6x30min, yang menampilkan bintang selebriti  Malaysia, Awal Ashaari akan ditayangkan di 12 wilayah di seluruh rantau Asia. Read more →