Tag: Italian

(HIBURAN) Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio

Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali, Domenico Nordio adalah program sulung Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersempena dengan sambutan ulang tahun OSK yang ke-30. Semenjak OSK dilancarkan pada 1993, kumpulan orkestra ini berjaya mengadakan pelbagai jenis persembahan bersama bintangbintang ternama tempatan seperti kumpulan Wings, Anuar Zain, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yuna dan ramai lagi. OSK juga pernah mengadakan persembahan di luar negara seperti di Esplanade, Singapura (2003) dan Tokyo dan Osaka, Jepun bersempena dengan Asia Orchestra Week 2004. Read more →