(HIBURAN) DESOLASI karya terbaik Syafiq Yusof

Spread the love

desolasi-posterSkop Productions bakal mempersembahkan DESOLASI, hasil karya dan arahan pengarah muda, Syafiq Yusof. Nama Syafiq Yusof sudah semakin rancak dalam bidang pengarahan filem tanah air. Ini merupakan hasil karya beliau selepas filem Mat Moto gandingan arahan beliau bersama Pekin Ibrahim yang dipertontonkan di layar perak pada 14 Januari 2016.

desolasi_2Kini Syafiq masih meneruskan perjuangan seninya dalam gelanggang perfileman dengan karyanya yang ke 5 berjudul Desolasi. Syafiq amat yakin bahawa perjuangan dalam memartabatkan industri seni tanah air tiada noktahnya. Dengan ini sekali lagi Skop Productions memberi kepercayaan kepada Syafiq untuk mengemudi Desolasi.

desolasi_3Syafiq sekali lagi mengambil inisiatif menghasilkan sebuah karya genre psycho thriller tapi penuh dengan perisian yang lebih berteknologi tinggi dalam penggunaan kesan khas visual (CGI) sejajar dengan saranan kerajaan agar mampu ke peringkat global. Sasaran penonton adalah di kalangan golongan muda yang kini dilihat sudah semakin melangkah jauh ke hadapan dan ini mendorong Syafiq tekad menampilkan Desolasi dengan gaya persembahan yang baharu dan bermotivasi.

desolasi_1Syafiq meletakkan harapan tinggi kepada Syamsul sebagai pemegang watak utama dalam Desolasi. Ini adalah filem lakonan Syamsul ke 4 di bawah arahan Syafiq selepas filem Sam (2012), Abang Long Fadil (2014) dan Mat Moto (2016). Bakat lakonan beliau yang cukup berkesan mampu menghidupkan watak Aiman yang menuntut pengawalan emosi yang cukup tinggi.

desolasi_5Selain itu ramai lagi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Bella Dally di samping pelakon berpengalaman seperti Dato’ Jalalludin Hassan dan Aida Khalidah turut membintangi Desolasi.

desolasi_4Berbekalkan pengalaman Syafiq melalui beberapa buah filem hasil karyanya seperti Sam, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan Mat Moto kini beliau semakin bersemangat dan berani untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah ‘versatile’ menerusi Desolasi.

dsc_8742Sinopsis

Kisah ini menceritakan tentang seorang remaja bernama Aiman yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan. Beliau merupakan seorang pelukis yang melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Dirinya ditimpa masalah demi masalah sehingga berlaku pertengkaran besar di antara dia dan ayahnya. Tiba suatu pagi, Aiman mendapati dirinya keseorangan di dalam dunia tanpa manusia lain. Aiman terkejut dengan kejadian tersebut dan mula mencari jawapan dalam persoalan yang di berikan kepadanya. Saksikan kesudahan kisah ini dalam filem “DESOLASI”.

dsc_9634

dsc_9406

dsc_8824

dsc_8754

dsc_8590

dsc_7926

dsc_2081

dsc_7263

dsc_6343

dsc_3739

dsc_2180-tile


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *