Petaling Jaya, 15 Januari 2023 – Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip. Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra). Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.
Dimuatkan juga lagu ‘Kembali Bersama’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut. Selain itu, watak baru yang lain juga dilihat dalam filem ini adalah Geng Torra – Sumbu, Spy-Ken, Geng Pangobots; Kesatria-Z – Ondok, Mitus, Galang, Zee, Hip, Tong, Blink dan Pod; Penduduk Muzika – Rakyat Muzika Lama, Orang Asal Manet, Rakyat Muzika Baharu. Uniknya, kesemua watak ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
Menyentuh mengenai kualiti filem, penonton dapat menikmati hasil produksi dan visual filem yang mengagumkan. Kesemua 11 buah lagu baru yang dihidangkan juga mampu membuat penonton menyanyi bersama (‘sing along’). Istimewanya, lagu-lagu itu diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan diketuai oleh muzik direktor yang sama dengan OlaBola The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical, iaitu Saiful Ridzuan Sharafuddin atau lebih dikenali sebagai Duan. Jalan ceritanya pula lengkap dengan elemen mendebarkan, gembira, lucu, sedih dan mengejutkan. Justeru, filem ini bukan hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak tetapi pasti memikat semua lapisan umur dan latar.
Istimewa buat peminat, tiket filem Didi & Friends The Movie boleh mula dibeli pada 15 Februari 2023 di 155 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi tayangan rasminya pada 23 Februari kelak. Bersempena cuti sekolah akan datang, pihak pawagam-pawagam turut memberi sokongan dengan mengadakan kempen dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Selain itu, temui maskot Didi & Friends serta sertai aktiviti menarik menerusi siri jelajah Didi & Friends The Movie pada 24, 25, 26 Februari di pawagam terpilih Utara dan Selatan, 3, 4, 5 Mac di negeri Pantai Timur dan Lembah Klang, serta sekali lagi di Lembah Klang pada 10, 11, 12 Mac. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw, Astro Gempak mahupun Didi & Friends.
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakanrakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.
Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagampawagam berhampiran mulai 23 Februari 2023. Gunakan #DidiAndFriends #DidiAndFriendsTheMovie #DidiBerbulu bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi & Friends.