Tag: HAEL HUSAINI

(HIBURAN) DIDI & FRIENDS THE MOVIE ANIMASI LUAR BIASA & PENUH DENGAN KESERONOKAN UNTUK TONTONAN SEISI KELUARGA

Petaling Jaya, 15 Januari 2023 – Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik  tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.  Read more →

(HIBURAN) PENGANJURAN KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR BAKAL MANFAAT PENDIDIKAN ANAK BANGSA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia bagi mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan YBhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini. Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September. Read more →

(HIBURAN) SEIKHLAS HATI – MERIAHKAN AIDILFITRI DENGAN SUSUNAN PROGRAM MENARIK & PENAMPILAN BARISAN SELEBRITI POPULAR DI TV3 & TV9

Petaling Jaya, 22 April 2022 – Di kala negara kita sedang beralih ke fasa endemik, umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan serta menjalani ibadah berpuasa dalam keadaan lebih selamat dan selesa. Tidak lama lagi, bulan Syawal bakal tiba dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah pasti didambakan oleh rakyat Malaysia setelah dua tahun kita terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga dan sanak saudara susulan ancaman pandemik Covid -19. Read more →

(HIBURAN) HAEL HUSAINI MASIH ‘SAMA SEPERTI DULU’

Kejayaan demi kejayaan diraih bagi penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini, baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau muncul pula dengan single terbaharu berjudul ‘Sama Seperti Dulu’ yang bakal membuai perasaan ramai pendengar. Read more →

(HIBURAN) CERITA ‘KELENTANG-KELENTONG’ HAEL HUSAINI BUKAN SEKADAR TIN KOSONG

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2021 – Penyanyi terkemuka negara, juara dua kali berturut-turut Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 dan 33, Hael Husaini kembali menyajikan single terbaharunya yang berjudul ‘Kelentang-Kelentong’ hasil kerjasama serasi dengan komposer popular, Ezra Kong dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd. Read more →