(HIBURAN) ‘HARI INI’ HAEL HUSAINI KEMBALI

Spread the love

Selepas mengukir kejayaan kali kedua menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya. Kini Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’.

Bagaikan isi dengan kuku, Hael Husaini dan Ezra Kong ibarat irama yang bersatu dengan lagu. Single ‘Hari Ini’ turut menyaksikan gabungan idea magis dari dua komposer terkenal ini.

‘Hari Ini’ mengisahkan tentang pasangan suami isteri mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,
”Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru. Lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan. Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini pasti akan di terima ramai khususnya peminat fanatik beliau. Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa .”

Lagu ‘Hari Ini’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *