(HIBURAN) OMG Kaut Hadiah RM250,000 Sebagai Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama

Spread the love

 IMG_3633

Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah  RM250,000 manakala naib juara iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000.

IMG_3625

Kumpulan Aku Diandra (Ilya, Qazeem Nor dan Sheera Iskandar) pula telah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala kumpulan Aku (Bell Ngasri, Hairi Safwan dan Idzham Ismail) diumumkan sebagai pemenang tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai RM25,000.

LLSS finalSMALL

Pemenang dipilih berdasarkan tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam di studio. Liga Lawak Superstar dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Nor manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli bertindak sebagai juri professional serta disiarkan secara langsung di saluran TV3.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *