(HIBURAN) HAZMAN & SNAPSHOT

Spread the love

HAZMAN-horzNAma

HAZMAN – Cinta Jangan Pergi

Hazman – nama yang cukup ringkas di komersial atas pemilik nama asal Syed Muhammad Hazman Bin Syed Yusof. Jejaka berasal dari pantai timur Terengganu ini berusia 25 tahun. Mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi, Hazman nekad berhenti kerja dan meninggalkan kampung halamannya berhijrah ke kota Kuala Lumpur.

Berbekalkan bakat, minat serta semangat dari teman2 serta sokongan keluarga , Hazman yakin namanya bakal tercalit sebagai penyanyi lelaki solo suatu hari nanti. Baginya, hanya usaha serta berkorban perlu beliau lakukan.

Menyedari anugerah bakat bersuara lunak dan mampu menyanyi pelbagai rentak, Hazman yakin  itu semua bakal melaksanakan suatu sumbangan buat industri hiburan. Semasa dikampung, Hazman banyak mempelajari teknik nyanyian dari guru vocal yang dipanggilnya abang Zaili. Menurut Hazman, guru vocalnya ini banyak membantunya dalam teknik2 nyanyian terutama lagu2 tradisional. Menurutnya juga, jika kita boleh menyanyi lenggok lagu2 tradisional dengan baik, makanya tidak susah untuk melontarkan lagu2 pop dengan baik.

Kepercayaan yang diberi keluarganya membakar semangat Hazman untuk membuktikan ianya bukan angan angan kosong. Sejarah awal perjalanan seni Hazman dikutip melalui beberapa pertandingan menyanyi kecil kecilan di segenap pelusuk Terengganu. Langkah seterusnya Hazman mencuba beberapa pertandingan lebih besar sedikit seperti Karaoke Karnival Sukan Extreme Terengganu (Juara), Karaoke Klasik FM (tempat ke 5), Pujaan Muzik Nescafe (finalis) dan Bandaraya Idol Terengganu (finalis).

Usaha gigih Hazman akhirnya memberi titik mula apabila beliau menyertai pertandingan nyanyian Pencarian Remaja Berbakat melalui youtube anjuran salah sebuah majalah hiburan popular dengan kerjasama syarikat rakaman Suria Records (SRC). Peserta yang menjadi juara atau memenuhi criteria bakal menerima tawaran menjadi artis rakaman SRC yang bertindak sebagai  sebagai wakil syarikat rakaman rasmi yang pada pertandingan tersebut.

Peserta yang memasuki pertandingan ini harus memuat naik video nyanyian yang dirakamkan sendiri pada chanel khusus di youtube. Dianggarkan hampir 300 video dari penyertaan dari seluruh Malaysia yang kami terima. Proses pemilihan bermula dari saringan video hinggalah ke peringkat semi final yang seramai 50 peserta. Hanya 12 peserta yang terpilih ke final pertandingan yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kraf, jalan Conlay KL.

Pada malam tersebut Hazman di angkat sebagai juara mengalahkan 12 finalis lain dengan pertaruhkan lagu dari Fiq berjudul ‘Bukti’ . Persembahan Hazman nyata memukau para juri profesional yang terdiri daripada Hazami, Farah Asyqin, Jari, Noryn Aziz, wakil Media Hiburan dan juga wakil dari SRC.

Sebagai Juara, Hazman lantas menerima tawaran SRC berupa kontrak menjadi artis rakaman. Bukan sebuah mimpi lagi, kini Hazman adalah seorang artis solo baru yang berpayung di bawah Suria Records Sdn Bhd, sebuah syarikat rakaman tempatan yang cukup terkenal dan berpengalaman dalam melahirkan penyanyi2 ternama.

SINGLE PERTAMA – CINTA JANGAN PERGI

Cinta Jangan Pergi – judul single perdana Hazman. Lagu ini hasil ciptaan Epol dari Drama Band.  Klip video lagu ini juga telahpun siap dan peminat yang ingin mendengar single Hazman boleh melayarinya di laman youtube.  Penggambaran klip video yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 12 malam adalah pengalaman pertama Hazman yang tidak mungkin beliau lupakan.

Hazman melahirkan rasa syukur hajatnya termakbul. Namun tugas baru kini bermula untuk kembangkan single pertamanya  ini benar2 mendapat perhatian.

Biodata HAZMAN

Nama penuh : Syed Muhammad Hazman Bin Syed Yusof
Keturunan : Al-Idrus
Nama panggilan : Hazman
Tarikh lahir : 15 Ogos 1988
Tinggi : 177 sentimeter
Berat : 65 kilogram
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Adik beradik : 5 orang sulong
Status : Bujang
Posisi : Penyanyi solo

Blog : www.smhazman.blogspot.com
Facebook/Instagram/Twitter : @smhazman

Pendidikan : Diploma Teknologi Elektronik Komputer ( Politeknik Sultan Azlan Shah )
Kerjaya : Penyanyi, Model, Juruteknik komputer, Fitters Fabrication Engineer ( Oil and Gas Manpower Sources)

Pencapaian : Juara Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan Edisi Youtube, Juara Karaoke Karnival Sukan Extreme Terengganu, Tempat ke-5 Karaoke Klasik FM, Finalis Pujaan Muzik Nescafe, Finalis Bandaraya Idol Terengganu.
Kebolehan : Bermain gitar, cipta lagu
Hobi : Memancing, Mendengar muzik, Karaoke, Online gaming.
Makanan kegemaran : Nasi ayam, Burger
Minuman kegemaran : Tea O Ais

Penyanyi kesukaan : Tan Sri P.Ramlee, Mus May, Awie, M. Shadows ( A7X )
Band kesukaan : Wings, My Chemical Romance
Pelakon kesukaan : Rosyam Nor, Johnny Deep
Filem kesukaan : Final destination

Blog                             : www.smhazman.blogspot.com
Facebook/Instagram/Twitter@smhazman

———————————————————————————————————————————————————————

SNAPSHOT – KAU YANG SATU

 

Imran dan Haizi –  pasangan duo yang menggunakan nama komersial Snapshot,merupakan artis baru Suria Records Sdn Bhd. Dua anak muda berbakat besar ini sedang mengatur langkah meneruskan bidang yang baru diceburinya kini bagi mengisi ruang di persada muzik tanahair, mereka juga ingin berkongsi ilmu yang masih mentah dengan nama nama besar dalam industri dengan harapan dapat memberi sedikit sumbangan dari hasil karya mereka sendiri.

Peluang agak mudah bagi mereka berdua dalam mencari ruang untuk bertapak. Segalanya adalah nasib menyebelahi dua anak muda ini, bak kata pepatah, ‘Tuah Datang Bergolek’ apabila saat mereka pada awalnya hanyalah suka suka memasuki sebuah pertandingan nyanyian “Pencarian Remaja Berbakat” melalui chanel youtube anjuran salah satu majalah hiburan popular dengan kerjasama syarikat rakaman  Suria Records (SRC).

Pertandingan seperti ini merupakan salah satu cara bagi syarikat rakaman SRC mencari bakat2 baru untuk di ketengahkan.

Info dan Perjalanan seni Snapshot

Pelajar di dua buah instituisi berbeza ini baru berusia 21 tahun, mempunyai hobi sama menyanyi, bermain gitar bagi mengisi setiap waktu lapang. Memetik gitar adalah saat mereka merehatkan minda setelah penat berkerah menimba ilmu di kolej masing2. Masa inilah mereka berdua sering  bersama menghibur diri  menyanyi sambil cuba cuba mencipta lagu. Memandangkan mereka berdua tinggal berdekatan, lebih memudahkan bagi dua anak muda ini bersama berkongsi idea mencipta lagu lagu.

Imran, berlatar belakangkan keluarga  yang bukan dari darah seni, tetapi minatnya dipupuk sejak berusia 8 tahun dan seterusnya apabila keluarganya sering berkaraoke beramai ramai berkumpul di kediaman keluarganya, budaya karaoke dirumah adalah saat kami beriadah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cara kami. Mungkin dari situlah nyanyian telah sebati dengan jiwa saya sehinggakan saya membesar ianya saya jadikan sebagai rutin hobi.

Haizi, mungkin kelebihan pada darah seni yang mengalir di dalam tubuhnya kini adalah tumpahan bakat dari ibunya sendiri yang merupakan seorang penyanyi terkenal di era 70an dari Singapura. Sememangnya ibu Haizi memberi sokongan padu pada karier anaknya yang kini meneruskan bakat tradisi beliau yang kini mengalir dalam dirinya. Meminati bolasepak sejak kecil dan merupakan peminat kelab nombor satu Manchester United. Diusia 9 tahun, Haizi mula memetik gitar yang dihadiahkan salah seorang saudaranya. Memahami minat mendalam anaknya, Haizi didaftarkan ibunya memasuki kelas gitar classical pada usianya 12 tahun.

Pada usia 16, Haizi mula berhenti bermain gitar pada gred 6 dan teori kerana harus menumpukan SPM pada tahun seterusnya. Selesai SPM, saya masih tidak dapat meneruskan grading saya disebabkan kesibukan pelajaran di kolej, tetapi saya masih terus bermain gitar secara sendiri dengan inspirasi daripada guitarist idola saya seperti John Mayer, Benjamin Woods, Ray Lamontagne, Oren Lavie dan kumpulan2 band seperti Beattles, Lamb Of God dan juga Temple Pilot.

Imran atau nama sebenar Muhamad Imran Aidi Bin Mazlan 21 tahun, Merupakan anak bungsu dalam tiga adik beradik. Imran  belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mengambil jurusan bidang perakaunan . Manakala Haizi atau nama sebenar Rohaizi Izlah Bin Rohailan 21, merupakan pelajar di Taylors University College, Degree in International Business and Marketing.

Dari situlah tertubuhnya nama SNAPSHOT yang dilakar  pada tahun 2011. Pelbagai cadangan saya berikan seperti Scarlet Ace, Breaker, namun semua nama tersebut tidak dipersetujui Haizi, malah nama Snapshot juga mengambil masa agak lama utuk dipersetujui.

Genre muzik Snapshot lebih kearah alternative pop dan campuran jazz dan rock. Ini disebabkan minat saya pada lagu lagu Jason Mraz, Yuna dan Lifehouse yang mempunyai konsep yang berlainan.

Single Perdana Snapshot – Kau Yang Satu

‘Kau Yang Satu’ lagu dan lirik adalah ciptaan Imran sendiri. Telah lama juga Imran ciptakan lagu ini dan diyanyikan pada setiap persembahan mereka secara akustik. Lagu ini telah sebati didalam jiwa mereka.

 “Kau Yang Satu” juga telahpun siap dirakamkan dalam muzik video. Peminat Snapshot boleh menyaksikan aksi serta wajah dua anak muda melalui muzik video dilaman youtube. Semoga terhibur dengan produk terbaru SRC ini dan nama Snapshot terus melonjak sebagai duo pilihan peminat

Biodata SNAPSHOT

Rohaizi Izlah Bin Rohailan

Nama Panggilan      : Haizi

Posisi                    : Guitarist, Vokalis

Asal                      : Singapura

Agama                   : Islam

Tarikh Lahir          : 9.5.1992

Adik Beradik         : Bongsu dari 3 orang adik beradik

Pendidikan             : Degree in International Business Marketing

Universiti              : Taylor University College

Status                   : Single

Fav Movie              : Scarface, Blood In Blood Out

Fav Guitarist         : John Mayer, Benjamin Woods

Fav Band                : Beatles, Lamb of God

Hobi                      : Bermain Bola ( Peminat Manchester United )

Laman Sosial          : Facebook   – https://www.facebook.com/rohaizi.izlah

                                Twitter    – https://twitter.com/RohaiziIzlah

                                Instagram – http://instagram.com/rohaiziizlah

                   Muhamad Imran Aidi Bin Mazlan

Nama Panggilan      : Imran

Posisi                    : Vokalis

Asal                      : Petaling Jaya,   Selangor

Agama                   : Islam

Tarikh Lahir          : 5/4/1992

Adik Beradik         : Bongsu daripada 3 orang

Pendidikan             : Degree in Account

Universiti              : Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Status                   : Single

Fav Movie              : Batman The Dark Knight,

                               Tropic Thunder, Rec series.

Fav Artist             : Jason Mraz, Yuna, Lifehouse

Fav Band                : Lifehouse, Shinedown,

                               Evanescence, Peterpan

Hobi                      : Bermain video game, Bermain badminton.

Laman Sosial          : Instagram : imranaidi

Facebook               : IMran Mazlan

 Twitter                : Imranaidi


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *