(HIBURAN) Iftar Serta Majlis Memperkenalkan Barisan Artis AWAL MUZIK

Spread the love

Program Iftar Ramadhan Bersama Anak Yatim berlangsung di TH Hotel Kelana Jaya anjuran Awal Muzik dan Awal Hijrah bertujuan menyantuni anak-anak yatim bersama tetamu-tetamu jemputan khas dan rakan-rakan media yang lain. Disamping itu menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim dari Persatuan Anak Yatim & Ibu tunggal Nor Hikmah.

Syawal kali ini, Awal Muzik tampil lagi dengan 2 lagu raya baru  yang bertajuk Raya Dah Tiba (Syameer azmi, Heedan Mohd & Danial Kifli)  dan Gembira Di Hari Raya (Ilham Fitri & Dania Hatta). Sebagaimana beberapa penyanyi popular tanah air mengambil inisiatif menghasilkan lagu raya, begitu juga bagi bakat baharu di bawah naungan Awal Muzik Entertainment yang diterajui oleh Encik Saidin Noordin atau nama pena beliau Knight Cydeen.

Awal Muzik Entertainment mula menapakkan diri dalam industri pada Mac 2019. Dengan Misi dan Visi mengetengahkah bakat baru dan muda atau boleh diketegorikan sebagai BBNU, Awal Muzik memberi peluang kepada mereka yang berminat dan berbakat dalam nyanyian tetapi tidak dipandang oleh sesiapa. Awal Muzik percaya dengan yakin setiap “talent” yang dipilih mempunyai kelebihan serta keunikan sendiri dari segi vokal mereka.

Dengan semangat juang yang tinggi Awal Muzik memulakan langkah dengan artis sulung mereka iaitu Heedan Mohd dengan lagu beliau “Yang Terakhir”. Dalam mengorak langkah dalam bidang seni ini Heedan muncul menjadi pemenang I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 episod 11. Heedan mendapat perhatian ramai dan umum setelah memenangi pertandingan itu sekaligus melonjakkan jumlah tontonan lagu “cover” beliau di setiap pelusuk sosial media.

Syameer Azmi pula merupakan pendatang baru yang menjadi sensasi di sosial media kerana lagu Alah Kantoi beliau “trending” di media sosial Malaysia dan termasuk “global trending”. Dengan kuasa viral hasil daripada “content” beliau di tiktok yang meraih jutaan tontonan dan mempunyai 1.1 Juta pengikut di tiktok. Manakala muzik video beliau meraih hampir 500 ribu tontonan di youtube.

Seterusnya merupakan Danial Kifli, bakat baru yang menjadi sensasi di Youtube. Single yang pertama beliau merupakan lagu Permata Istimewa. Beliau merupakan youtuber yang menjadi tumpuan setiap peringkat umur sehingga ke negara jiran kita iaitu Indonesia  kerana “content prank” suara sumbang beliau mencecah jutaan tontonan di youtube. Mereka semua aktif di media sosial segala perkembangan aktiviti sering dikongsi di Facebook, Instagram dan Tik Tok.

Bakat lain seperti Zul Hadi yang menjadi viral kerana mempunyai suara persis Charlie penyanyi Indonesia mencuri tumpuan netizen. Apa kurangnya Ilham Fitri yang mempunyai kekuatan vokal yang menyerlah dengan cara tersendiri. Kemunculan bakat muda seperti Dania Hatta yang berumur 16 tahun dengan kekuatan menjiwai setiap lagu yang dibawa. Khairi Afieq juga merupakan bakat baru yang baru sahaja menghabiskan spm beliau. Seterusnya Aiman Rayn merupakan seorang yang lebih kepada genre hiphop dan mempunyai keunikkan tersendiri. Semua mereka bakal melancarkan single pertama selepas syawal nanti.

Kesemua bakat yang berada didalam Awal Muzik mempunyai kekuatan sendiri di media sosial masing-masing. Diharapkan dengan kehadiran bakat baru dalam industri terutamanya dalam kalangan belia akan lebih mewarnai dan mencorakkan lagi industri muzik Malaysia kita.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *