KUALA LUMPUR, 11 Mei 2026 – Pemain saksofon terkenal dunia dan pemenang Anugerah Grammy, Kenny G, bakal kembali ke Malaysia dalam kemunculan yang amat dinanti-nantikan.
Persembahan anjuran Everbeat Entertainment dengan kerjasama CEOMAN Entertainment berjudul “King of Saxophone” Kenny G 2026 World Tour in Malaysia akan membawakan keindahan muzik jazz ke Arena of Stars, Resorts World Genting pada 12 Julai 2026 (Ahad), jam 6 petang.
Kenny G yang juga bintang muzik jazz dilabelkan antara pemuzik paling tersohor sepanjang zaman. Daripada karya klasik seperti “Songbird”, “Forever in Love” dan “Silhouette” hingga ke lagu-lagu terbaharunya, beliau memikat pendengar di seluruh dunia selama lebih empat dekad.
Dengan jualan melebihi 75 juta album studio di seluruh dunia, Kenny G merupakan antara pemuzik instrumental paling laris dalam sejarah muzik.
Beliau juga pernah berkolaborasi dengan beberapa artis terkenal antarabangsa antaranya Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd dan terkini, Charlie Puth.
Selain dokumentari “Listening to Kenny G” (2021), beliau juga memegang rekod dunia bagi note berterusan paling panjang — note E-flat — selama hampir 46 minit.
Apabila Kenny G tampil di pentas dengan melodi yang menyentuh jiwa, ia mencipta suasana sempurna buat manamana pasangan menikmati malam romantik yang penuh kenangan selain diperkaya dengan seni muzik luar biasa sentuhannya.
Peminat boleh menjangkakan pengalaman persembahan secara langsung yang memukau, menampilkan melodi ikonik serta susunan muzik yang menyentuh perasaan, digabungkan dengan produksi pentas yang elegan.
Persembahan ini menggabungkan elemen nostalgia, romantik dan kehebatan muzik bertaraf dunia dalam satu malam yang tidak akan dilupakan.
Tiket menyaksikan persembahan ini boleh didapati melalui MAISEAT
(https://www.maiseat.com/#/shows?projectId=12745) and rwgenting.com dengan harga RM668 (VIP), RM558 (PS1), RM458 (PS2), RM358 (PS3) dan RM258 (PS4).
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Everbeat Entertainment di Facebook dan @everbeat_entertainment di Instagram.
