(HIBURAN) Konsert Extravanganza Jamal Abdillah – P.Ramlee dalam kenangan

Spread the love

Jamal_AbdillahGMO

Raja Pop Malaysia atau Jamal Abidllah bakal muncul kembali di pentas Panggung Sari , Istana Budaya , sempena Konsert Extravanganza Jamal Abdillah – P.Ramlee.  Konsert Extravanganza  Jamal Abdillah – P.Ramlee dalam kenangan itu akan berlangsung selama dua jam setiap malam selama empat malam berturut-turut bermula 30 & 31 Mei, 1 & 2 Jun depan. Konsert solo yang bertujuan untuk mengenang kembali karya-karya Tan Sri P.Ramlee ini dianjurkan oleh Bintang Chanell iaitu syarikat milik Jamal sendiri dengan kerjasama Istana Budaya. Beliau bakal mendendangkan kira-kira 33 buah lagu popular Tan Sri P.Ramleedan bakal diiringi oleh kira-kira 55 pemuzik okestra yang mana 25 orang daripadanya terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Konsert yang akan dibahagikan kepada 8 segmen ini juga bakal diselitkan dengan tayangan video klip dan bakal dibantu oleh penyanyi-penyanyi undangan seperti  Isma Aliff, Musly Ramly, Azlina Aziz, Nas Adilla serta kemunculan istimewa Najua Nadya Nasir P Ramlee. Tiket-tiket yang ditawarkan untuk konsert tersebut berharga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455 yang boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz atau HOTLINE 03 41478600, atau Istana Budaya Box Office di talian  03 21618134.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *