(HIBURAN) Filem Gila – Gila Remaja 2 bernafas baru

Spread the love

523603_326327720774718_483625774_ngmoMasih ingatkah telatah ROY, REMY, KUZI, CHIN, DAN RAVI?? apabila mengurat wanita di perhentian bas yang akhirnya terbongkar rahsia apabila wanita yang dikacau mereka itu adalah cikgu baru di kolej mereka . Filem sensasi tersebut merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985 dan diarahkan oleh Hussein Abu Hassan/Naga serta diterbitkan oleh Shah Film Productions. Filem yang mengisahkan seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga serta Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan “Gagak Hitam”. Jika pada tahun 1985, motif asal penerbitan filem itu adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat muda baru antaranya Faizal Hussein dan Rosham Nor, maka motif asal itu juga lah menjadi asas pembikinan semula filem Gila – Gila Remaja 2, cuma kelainan yang cuba ditonjolkan ialah jalan ceritanya tetapi mengekalkan  konsep filem untuk golongan remaja . Filem yang menelan belanja hampir RM1.4 juta ini mengambil masa 28 hari untuk disiapkan dan dibarisi oleh artis-artis generasi baru seperti  Hairul Azreen , Faralyna Idris, Hanis Kamal, Taiyuddin Bakar serta disokong oleh pelakon-pelakon berpengalaman seperti Fizz Fairuz dan Satiya disamping penampilan istimewa Faizal Hussein.  Filem ini adalah arahan Naga (F.D.A.M) yang telah menerbit sebanyak 20 filem Melayu termasuk Gila-Gila Remaja (1985). Filem Melayu lain arahannya ialah Ghazal untuk Rabiah, Getaran dan Iskandar. Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac 2013 di seluruh pawagan di seluruh negara.

IMG_8474

SINOPSIS (Malay)

“Gila-Gila Remaja 2 – kembali dengan nadi yang baru” adalah sebuah filem yang mengisahkan tentang gelagat remaja pada masa kini dan percintaan tiga segi. Hairul Azreen sebagai Afiq adalah seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang berada dan  berminat dalam perlumbaan motosikal dan tarian. Faralyna Idris sebagai Lisa adalah seorang gadis berasal dari kampung merupakan seorang pendiam. Fizz Fairus sebagai Haikal adalah abang Lisa , seorang yang tegas dan sentiasa mengawal pergaulan Lisa.Di kolej, Afiq jatuh cinta pada Lisa manakala Lisa pula salah sangka terhadap sikap Afiq kerana dia juga sangat rapat dengan Erna ( Bella Dally). Kris (Hanis Kamal) yang berminat pada Erna cemburu dengan pergaulan Erna dan Afiq yang membawa kepada permusuhan diantara mereka berdua.. Nantikan filem yang penuh dengan adegan percintaan, aksi dan komedi “Gila-Gila Remaja 2” – Kembali dengan nadi yang baru.

IMG_8472

IMG_8496

gila remajasmall



Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *