(HIBURAN) ” Sembunyi: Amukan Azazil ” karya seram pertama Kabir Bhatia

IMG_7971smallGMO

“Sembunyi : Amukan Azazil” merupakan filem seram arahan pertama sutradara Kabir Bhatia. Karya yang pada mulanya menggunakan judul ” Azazil ” bakal menjengah ke panggung pada 28 Mac 2013 setelah sekian lama diperam oleh pihak produksi Grand Brilliance dan Filmscape ini. Filem yang mengambil masa 26 hari untuk disiapkan dan dibuat pada bulan Ramadhan ini membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini merupakan filem pertama gandingan Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad serta menggunakan kesan khas ” make-up” (silicon base) bagi menghidupkan lagi karektor-karektor watak yang dilakonkan.

azazil cropsmall gmo

Filem Sembunyi: Amukan Azazil mengisahkan tentang Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun. Di situlah bermulanya kehidupan baru beliau dan tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan sesuatu yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu adalah Azazil.

sembunyi 2small

sembunyismall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *