Tag: Emelda Rusmila

(HIBURAN) ” Sembunyi: Amukan Azazil ” karya seram pertama Kabir Bhatia

IMG_7971smallGMO

“Sembunyi : Amukan Azazil” merupakan filem seram arahan pertama sutradara Kabir Bhatia. Karya yang pada mulanya menggunakan judul ” Azazil ” bakal menjengah ke panggung pada 28 Mac 2013 setelah sekian lama diperam oleh pihak produksi Grand Brilliance dan Filmscape ini. Filem yang mengambil masa 26 hari untuk disiapkan dan dibuat pada bulan Ramadhan ini membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini merupakan filem pertama gandingan Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad serta menggunakan kesan khas ” make-up” (silicon base) bagi menghidupkan lagi karektor-karektor watak yang dilakonkan. Read more →