(HIBURAN) SonaOne kembali dengan ‘AGAIN’

Spread the love

Sepanjang enam bulan yang lalu, setelah SonaOne menumpukan seluruh perhatiannya dalam karier TV, beliau telah menghasilkan sebuah single terbaru yang diberi judul ‘Again’.

Lagu ini telah dihasilkan, ditulis, dikomposisi dan di mixed oleh artis yang berbakat ini. ‘Again’ membawakan identiti SonaOne yang tidak asing lagi pada kita dengan alunan lancer disusuli degupan dram bass yang padu. Lagu ini juga mendapat sentuhan jurutera mastering antarabangsa, Chris Athens yang telah bekerjasama dengan artis tersohor seperti Drake, Rick Ross, PartyNextDoor, DJ Khaled, Charlie Puth dan ramai lagi.

“Sebagai seorang artis, saya sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, perubahan atau evolusi ini membuktikan kemajuan dalam diri saya dari pelbagai peringkat dan aspek. ‘Again’ hanya secebis sahaja daripada apa yang bakal menyusul kelak,” kata SonaOne.

“Again” boleh dimuat turun dan didengari di semua outlet digital pada 14 April 2017.

Tentang SonaOne

SonaOne, berdarah kacukan Perancis-Malaysia, merupakan seorang MC, penerbit, penulis lirik dan artis graffiti. Beliau mula berkecimpung di dalam dunia kreatif ini dengan berjinak-jinak dengan cat sembur, meninggalkan hasil nukilan beliau di tembok-tembok sekitar kotaraya. Nama beliau dikenali sebagai artis graffiti pada usia seawal 12 tahun. Di usia 15 tahun, SonaOne telah mula menjadi seorang komposer lagu dan membantu rakan-rakan beliau menghasilkan muzik mereka. Bakat SonaOne yang masih mentah ini mendapat perhatian daripada Joe Flizzow, dan beliau menyertai keluarga Kartel secara rasminya pada tahun 2010. Sejak dari itu, SonaOne tidak lagi menoleh ke belakang dan terus bekerja keras dalam mengembangkan lagi bakat beliau dalam industri muzik ini.

Komen SonaOne mengenai kejayaan beliau menempa nama dalam sejarah muzik di Malaysia apabila single pertama beliau “No More” bukan sahaja merangkul anugerah “Lagu Inggeris Terbaik” di AIM 21, malahan berjaya meraih anugerah “Lagu Terbaik Tahunan”, menjadi lagu inggeris dan genre hip-hop yang pertama diberi penghormatan sebegini selama tempoh 21 tahun AIM diadakan.

Walaubagaimanapun, tidak siapa menduga, hanya dua bulan selepas pencapaian bersejarah ini, “Apa Khabar” (lagu Joe Flizzow ft. SonaOne), dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29). AJL merupakan anugerah yang diiktiraf bagi penulis lagu dan pada tahun ini juga telah memecahkan tradisi apabila lagu Hip-Hop memenangi anugerah ini.

SonaOne melancarkan album “Growing Up Sucks” pada 20 Februari 2016 dan terus mendapat tempat pertama di carta-carta muzik tempatan. Single ketiga beliau dari album ini, “Firefly” sekali lagi diberi pengiktirafan “Best English Song” di AIM22 menjadikan kemenangan dua tahun berturut-turut dalam kategori yang sama oleh SonaOne.

Tambahan kepada perjalanan muzik beliau, SonaOne telah menjadi hos dalam musim kedua  “HipHoppinAsia: The Saga Continues” yang telah memenangi ”Best Videography” di Anugerah Skrin 2015. Beliau menjadi hos sekali lagi bersama hos-hos yang lain dalam rancangan TV luar negara, Ultimate Brocation yang disiarkan di KIX.

Bakat serba boleh SonaOne juga turut disumbangkan dengan menghasilkan jingles yang mudah menambat hati pendengar dan menjadi siulan, membuatkan beliau diminati oleh jenama-jenama besar seperti Nike, Samsung, Jack & Jill dan Rexona.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *