(HIBURAN) Teater Muzikal CHOW KIT ROAD! CHOW KIT ROAD!

Spread the love

IMG_1378smallGMO

Muzikal ini mengumpulkan 20 buah lagu lagu Sudirman yang digubah pakai bagi mereka sebuah cerita berkisarkan tentang sebuah keluarga miskin yang tinggal di Chow Kit Road, Maknya seorang pelacur di Chow Kit Road, anaknya Ilham seorang budak yang membesar tidak seperti kebanyakan budak budak di Chow Kit Road. 

IMG_1328smaLLgmo

Kehidupan Ilham di gambarkan di sekitar Chow Kit Road, sebuah jalan yang menyimpan rahsia 1001 kisah perjalanan hidup manusia. Di Chow Kit Road mereka hidup bahagia dengan kawan maknya, Dimple dan seorang penagih Dadah yang sentiasa di situ.  Konflik konflik kecik di Chow Kit Road mula terbentuk di hadapan ilham, Walaupun hidup serba kekurangan di Chow Kit road, Ilham dan maknya sangat beruntung kerana masyarakat di sana bersatu dan membuatkan mereka tidak rasa terpinggir. Sehingga tibalah sekumpulan Datin yang teringin sangat membantu masyarakat di sekitar chow kit dengan membeli pelbagai barang keperluan dan juga makanan bagi menampakkan keprihatinan terhadap masyarakat di Chow Kit Road. Ini membuatkan ilham gelisah dan tidak senang dengan bantuan yang diberikan, lalu ilham ke depan dan mempertahankan maruah penduduk sekitar tempatnya. Datin- datin ini terasa tercabar oleh kebiadapan Ilham dan mencabar Datin Jamilah supaya mengambil Ilham sebagai anak angkat dan mengajar beliau menjadi pemuda yang sopan santun. Pelbagai rintangan dihadapi oleh Datin Jamilah hingga berjaya membentuk Ilham menjadi pemuda yang bersopan satun. Hinggalah Ilham dipertemukan dan jatuh cinta dengan anak Datin Jamilah, Maya, dan perkara ini tidak dipersetujui oleh Datin Jamilah. Ilham melarikan diri setelah mendapat tahu dia hanyalah bahan ujikaji oleh datin-datin di situ. Datin Jamilah menghalang perhubungan antara Maya dan Ilham. Seluruh warga Chow Kit Road keluar mencari Ilham. Muzikal ini penuh dengan pelbagai karakter seperti tokoo si penagih dadah, Jelita si pelacur dan Dimple seorang maknyah dan dibantu oleh peniaga-peniaga yang menghidupkan sebuah pekan di tengah ibu kota Kuala Lumpur bernama CHOW KIT ROAD.

cowkitsmall

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *