Juga dikenali sebagai “Armour Of God III: Chinese Zodiac”, “Chinese Zodiac” adalah sebuah filem aksi Hong Kong yang diterbit, ditulis dan diarah oleh aktor veteran seni bela diri, Jackie Chan. Filem ini merupakan sebuah sekuel kepada “Armour Of God” dan “Armour Of God II: Operation Condor”, di mana Chan memainkan watak wira Cina bernama Asian Hawk yang tidak banyak berbeza dari Indiana Jones. Kali ini, dia perlu membawa pulang patung kepala gangsa yang terdiri dari 12 haiwan zodiac Cina, yang telah dibawa lari oleh tentera Perancis dan Inggeris dari Istana Summer di Beijing pada tahun 1960. Read more →
(HIBURAN) Filem Chinese Zodiac 2012 (CZ12)
(HIBURAN) Vokal 2 – Yus & Uchop Sertai Nadeera dan Mar Ke Pusingan Separuh Akhir
Shah Alam, 13 Disember 2012 – Minggu lalu menyaksikan Nadeera dan Mar melangkah maju ke pusingan seterusnya. Nampaknya kini tumpuan semua akan beralih pula kepada empat finalis lelaki yang terdiri daripada Yus, Abang, Uchop dan Adli berusaha keras untuk memastikan mereka bukanlah finalis yang bakal menduduki tangga paling bawah sekaligus menamatkan perjuangan di pentas VOKAL 2. Namun hanya dua finalis lelaki yang berjaya meraih markah dan undian yang tinggi daripada para juri dan peminat dapat melayakkan diri untuk menyertai Nadeera dan Mar ke pusingan separuh akhir. Read more →
(HIBURAN) B.O.B bakal mengegarkan Konsert Watson Music Festival
Bobby Ray Simmons, Jr. dilahirkan pada 15 November 1988, Beliau lebih dikenal dengan nama pentas sebagai B.o.B, Beliau adalah seorang rapper dan juga penyanyi lagu serta produser album. Penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat ini terkenal menerusi singel pertamanya melalui lagu “Nothin’ on You” yang dinyanyikan berduet bersama Bruno Mars.





