(SEMASA) ALANA MENSASARKAN UNTUK MENGUMPULKAN RM3 JUTA UNTUK TAHUN 2022 & MEMBANTU PEMILIK PERNIAGAAN UNTUK MENEMBUSI INDUSTRI PENJAGAAN KULIT BERASASKAN NANO TEKNOLOGI Di MALAYSIA HINGGA KE SELURUH ASIA

Spread the love

Acara perasmian ALANA REVIVE SDN BHD (ALANA) bertujuan untuk memberikan peluang pekerjaan melalui perniagaan rangkaian yang unik. ALANA percaya dengan misi untuk memperoleh kebebasan kewangan, memberikan peluang pekerjaan yang bebas dan fleksible di samping dapat menjana pendapatan yang lumayan . Visi ALANA adalah untuk membantu bakal pemilik perniagaan menembusi industri penjagaan kulit berbilion ringgit.

Pelancaran besar ini telah dirasmikan oleh penyanyi berbakat SHIHA ZIKIR sebagai DUTA ALANA dan matlamat ALANA untuk menyasarkan lelaki dan wanita yang ingin meningkatkan kesihatan kulit luar dan dalam. ALANA akan menyasarkan untuk mengambil lebih 1000 ejen dan membimbing jualan mereka bagi meningkatkan sasaran pasaran ALANA untuk mengumpul RM3 juta pada tahun 2022.

Dana yang diperolehi akan digunakan untuk pengembangkan perniagaan. Ini akan dilakukan melalui perkongsian pemasaran dan jualan dengan hasrat untuk meningkatkan penglibatan pelanggan melalui pemerolehan segmen komuniti utama.

Dan sebahagian daripada usaha ALANA adalah untuk mengukuhkan infrastruktur digitalnya dan memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang akan mempromosikan pengurusan kecantikan dalaman dan lvaran. Peruntukkan untuk fokus ini juga telah dipertimbangkan untuk membolehkan pertumbuhan dan penambahbaikan pada masa hadapan.

ALANA diasaskan oleh Goh Chea Hoay (Sharon), Sharon Goh ialah seorang usahawan yang bersemangat dan komited dengan minat yang kuat dalam penjagaan kulit dengan tumpuan untuk mengkomersialkan produk kecantikan yang berkaitan dengan kesihatan kulit. Beliau mempunyai pelbagai pengalaman dalam juaian dan telah mengetuai syarikat untuk mencapai sasaran. Beliau adalah Pengarah Pembangunan untuk GCH Holding Sdn Bhd.

Chang Tiam Hock (Vincent), Vincent Chang ialah pemegang saham Doubletree Hilton (Pulau Pinang) dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam perniagaan merentasi pelbagai industri dan mempunyai pengalaman dengan penyenaraian perniagaan di Pasaran ACE, NSX Australia dan OTC USA.

Selain itu, ALANA mempunyai ahli Lembaga yang berpengalaman iaitu En Sam Foo (Pengarah Perkongsian), Dato Sri’ Anas Abdullah (Pengarah Pemasaran}, Cik Lora Dash (Pengarah Pembangunan Perniagaan), En Suhaib Daud (Pengarah Kreatif Kecantikan). Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Lora Dash (Pengarah Pembangunan Perniagaan untuk maklumat lanjut 0129878600).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *