(HIBURAN) SNOOP DOGG MEMPERSEMBAHKAN: ALGORITHM (GLOBAL EDITION), MENAMPILKAN JOE FLIZZOW DALAM LAGU “ALRIGHT” BERSAMA METHOD MAN, REDMAN DAN NEFERTITTI AVANI, KINI DI VIA DEF JAM RECORDINGS

Spread the love

Snoop Dogg – Bintang dunia, usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif Kreatif dan Strategik Def Jam Recordings – menerajui projek sulungnya untuk syarikat rakamannya – sebuah projek gergasi yang menampilkan 32-artis, dalam 25 lagu berjudul Snoop Dogg Presents THE ALGORITHM – untuk pasaran dunia dengan pelancaran ALGORITHM (The Global Edition). Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.

Setiap lagu baharu tersebut memaparkan satu atau lebih artis dari senarai syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) dari seluruh dunia, dan membawa hampir 50 bintang hip-hop dan R & B ke dalam album tersebut.
 
“ALGORITHM adalah sebuah projek yang sangat istimewa buat saya atas pelbagai sebab,” kata Snoop Dogg semasa pelancaran album itu tiga minggu lalu pada tanggal 19 November 2021. “Saya teruja untuk persembahkan album ini kepada semua peminat saya di seluruh dunia sebagai yang pertama di bawah Def Jam Records. Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasi baharu syarikat rakaman ini, kami sedang mengubah gelanggang seni dengan membawa perasaan masuk Kembali ke dalam muzik.” kata Snoop.
 
Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk dipaparkan dalam lagu Alright Redman & Method Man serta Nefertitti Avani.
 
“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop, Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi. Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambal diperkenalkan oleh Snoop Dogg dalam pengenalannya adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,” kata Joe Flizzow.
 
Keseimbangan adunan semula ALGORITHM (The Global Edition) memperkenalkan artis tersohor dan yang baru mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjuru dunia.
 
“Terdapat begitu banyak bakat dalam album ini,” kata Snoop, “pelbagai gaya muzik, ia memecah algoritma. Kini, algoritmanya memberitahu anda untuk mendendangkan rap sebegini, anda perlu kedengaran seperti ini, namun tidak menjelaskan perasaan yang harus dirasai. Algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan bukan sekadar bunyi,” tambah Snoop.
 
“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM di antara Snoop Dogg dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kata Joe Flizzow.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *