(SEMASA) BERGANDA PIZANYA, BERGANDALAH NIKMATNYA!

Spread the love

Pic 1

Pizza Hut Malaysia kini menawarkan lebih pilihan untuk pelanggan dengan ciptaan terbarunya yang sememangnya bijak iaitu Big Double Box – dua pilihan piza kegemaran anda di dalam satu kotak bertingkat yang pastinya lebih lazat dan lebih jimat.

 

Kotak berwarna ungu dan berbentuk empat segi sama serta bertingkat ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati dua jenis piza pada harga yang sungguh menjimatkan, hanya RM30.00 (jimat RM23.30) untuk dua piza saiz biasa dan RM48.00 (jimat RM25.20) untuk piza saiz besar. Di samping itu, bagi promosi pengenalan Big Double Box baru ini, Pizza Hut menawarkan dua hidangan sup secara percuma bagi setiap pembelian Big Double Box (untuk masa yang terhad sahaja).

 

“Kami ingin memberikan para pelanggan kami lebih peluang untuk memilih yang terbaik untuk hidangan mereka terutama sekali dari segi citarasa dan juga nilai. Selaras dengan ini, lahirlah idea kami untuk mencipta Big Double Box. Melalui Big Double Box ini, pelanggan boleh menikmati dua jenis piza yang berbeza pada harga yang cukup hebat,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

 

“Dengan pelancaran Piza Pan yang telah dipertingkatkan mutunya dengan jaminan penggunaan bahan-bahan yang berkualiti serta segar baru-baru ini, kami berbangga dapat memberikan pelanggan kami hanya yang terbaik dari segi pilihan citarasa, harga yang terbaik, serta penjimatan yang sungguh berbaloi untuk pelanggan yang kami hargai,” tambah beliau.

 

Pelanggan boleh memilih daripada tiga jenis pilihan kerak untuk kedua-dua piza. Sama ada Piza Pan baru, Hand Stretched, atau cuma tambah RM5.50 untuk kerak jenis Stuffed Crust yang digemari ramai. Pelanggan juga boleh memilih daripada 17 jenis topping piza lazat kami dan juga sajian tambahan HOT add-on yang menambahkan lagi nilai penjimatan anda. Antara sajian tambahan yang menarik ialah Cinnamon Twist, Smoked Deli Wings, New Orleans Drummets, dan juga Molten Lava Cake. Big Double Box yang boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang ini adalah satu tawaran hebat yang tidak boleh dilepaskan.

 

Selaras dengan promosi baru, Pizza Hut juga memberi anda peluang untuk memenangi dua tiket ke perlawanan Manchester United apabila anda membeli Big Double Box dan sebotol (1.5L) minuman isotonik Revive. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu memesan Big Double Box secara online.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *