(SEMASA) MAJLIS JAMUAN PIZA PAN RAIKAN ANAK KURANG BERNASIB BAIK BERSAMA ELFIRA LOY

Spread the love

Pic5

Sebagai memenuhi komitmen tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap projek-projek kebajikan tempatan, Pizza Hut Malaysia telah menganjurkan majlis jamuan Piza Pan di cawangan Pizza Hut Kota Damansara baru-baru ini bagi meraikan kanak-kanak daripada dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtarsh.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada kempen pelancaran produk Pizza Hut terbaru iaitu Piza Pan baru yang dipertingkatkan serta dijamin memuaskan selera pelanggan setianya. Majlis turut dihadiri selebriti popular, Elfira Loy berserta adik lelakinya Ahmad Ezzrin Loy, dan juga sepuluh orang peminat setia mereka. Majlis juga diceriakan lagi dengan kehadiran badut yang menjadi kegemaran ramai pada majlis itu, Awang si badut lucu.

Staf Pizza Hut telah tiba awal pada petang majlis berkenaan untuk menghiasi restoran dengan belon yang berwarna-warni serta mendekorasi meja makan dengan pelbagai hiasan bagi mewujudkan suasana ceria untuk dinikmati oleh kanak-kanak ini. Hari yang penuh kegembiraan, pelbagai permainan, dan hiburan oleh Awang si badut telah membuatkan kanak-kanak ini ketawa dan terhibur sepanjang masa mereka berada di Pizza Hut.

Mereka juga turut dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, permainan yang menyeronokkan, nyanyian dan tarian sebelum bersama-sama menikmati  kelazatan Piza Pan baru dari Pizza Hut bersama penjaga mereka dan juga artis kesayangan mereka, Elfira Loy serta ahli keluarga Pizza Hut.

“Hari ini merupakan satu hari yang teramat istimewa buat diri saya kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama kanak-kanak ini. Hati saya tersentuh melihat senyum tawa mereka, dan pengalaman ini benar-benar bermakna buat saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pizza Hut kerana sudi menjemput saya. Pada pendapat saya, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan  seperti ini amatlah murni kerana kanak-kanak ini dapat merasa makanan-makanan baru dari Pizza Hut contohnya seperti Piza Pan dan juga hidangan sampingan yang lain yang jarang sekali dapat mereka rasai,” kata Elfira Loy.

Kanak-kanak kurang bernasib baik ini juga turut menerima cenderahati dari Pizza Hut berupa sebuah beg galas, botol minuman dan juga buku nota.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *