(SEMASA) BMW Group Malaysia Menyertai Inisiatif ‘Kitar Naik’ Bertempoh Setahun dengan Mesin Precious Plastic.

Spread the love

Pengeluar kenderaan premium berhasrat untuk menangani pencemaran plastik di peringkat tempatan menerusi projek kelestarian yang terbaharu, sejajar dengan matlamat tahun 2030 yang dibidik oleh BMW Group bagi mengurangkan emisi karbon sebanyak 20% (dari paras tahun 2019) dalam rantaian bekalan global.

Kuala Lumpur, 9 April 2021 – BMW Group Malaysia mengumumkan inisiatif mengitar naik (upcycling) berjangka satu tahun yang melibatkan pelbagai pihak, ia bakal memanfaatkan mesin Precious Plastic untuk memberi nafas baharu kepada sisa plastik yang diperoleh daripada seluruh aktiviti BMW Group Malaysia.

BMW Group mempunyai cita-cita yang besar untuk mengurangkan emisi karbon daripada semua kilang dan tapak produksi sebanyak 80%, menyasarkan pengurangan terbesar melibatkan seluruh industri dalam kawasan tersebut menjelang 2030. Usaha yang ekstensif dalam penyelidikan, inovasi, dan kepakaran kolaboratif di skala global akan diperlukan, dan BMW Group Malaysia berbangga untuk menjadi sebahagian daripadanya.k

Bagaimanapun, di peringkat individu, terdapat pelbagai kaedah yang dapat dimanfaatkan untuk menangani perubahan iklim di Malaysia, bermula dengan isu yang sering diabaikan dalam kehidupan seharian kita – pencemaran plastik.

“Untuk mendemonstrasikan hala tuju berlandaskan solusi yang dipelopori oleh BMW Group, kita harus meneladani amalan yang boleh dijadikan contoh – tidak kira besar atau kecil impaknya. Kami di BMW Group Malaysia, menterjemahkan kata-kata kepada tindakan dengan memasang mesin Precious Plastic milik kami sendiri untuk memberi sisa plastik yang dikumpul nafas yang baharu dan lebih bermakna,” ujar Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia.

Badan tempatan yang berpucuk daripada gerakan global – Precious Plastic Malaysia, merupakan sebuah organisasi yang memberi tumpuan ke atas usaha menukar dan mengitar naik sisa plastik kepada barangan yang boleh diguna semula untuk menangani pencemaran plastik. Dengan meleraikan plastik-plastik lazim yang terpakai kepada kepingan kecil, ia boleh dilebur dan dibentuk menjadi sesuatu yang baharu – dahulu dianggap sisa, kini ia berharga.

Sokongan yang diberikan oleh kakitangan, wakil pengedar, para pelanggan, dan rakan media BMW Group Malaysia dengan usaha mengitar semula sisa plastik mereka dapat mencetus impak yang berpanjangan dalam mengurangkan pencemaran plastik – dari satu langkah demi satu langkah.

Cara untuk Mengenal Pasti Plastik.
Terdapat pelbagai jenis plastik yang biasanya digunakan dalam kehidupan seharian kita, Polietilena Tereftalat (PET), Polietilena Berketumpatan Tinggi (HDPE), dan Polipropilena (PP) merupakan yang paling lazim. Ia boleh dikenal pasti dengan mudah mengikut label nombor yang biasanya disediakan pada bahagian sisi atau bawah barangan berkenaan.

Plastik yang berlabel 2 (HDPE) dan 5 (PP) merupakan yang paling lazim digunakan dan dikitar semula di Malaysia, disusuli dengan 1 (PET). Menggunakan mesin Precious Plastic, plastik berlabel 2 dan 5 juga boleh dikitar naik kepada barangan kegunaan harian.

Inisiatif ini merupakan sebuah permulaan bagi projek mengitar naik yang berjangka satu tahun, ia menyasarkan untuk mengurangkan pelupusan sisa plastik yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti BMW Group Malaysia. Usaha mendidik dan melatih secara internal mengenai topik kitar naik plastik juga akan dijalankan pada masa yang sama, di mana kakitangan BMW akan diberikan latihan yang praktikal untuk menghasilkan barangan berharga menggunakan sisa plastik bagi projek komuniti yang akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *