(SEMASA) ” DAPHNE ” BERTAPAK DI MALAYSIA

daphne logoEDITfinalsmall GMO

DAPHNE, sebuah jenama kasut yang terkemuka dari Tanah Besar China telah bertapak di Malaysia melalui gedung utamanya di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Gedung terbaharu ini memperagakan koleksi kasut terbesar Musim Bunga/Panas 2013 dan beg yang menyerlahkan setiap wanita menjadi ikon gaya tersendirinya. Gedung utama tersebut direka khas untuk memaparkan konsep jenama DAPHNE yang menyerlahkan ‘approachable fashion’ kepada para pelanggannya. Gedung tersebut menggambarkan tenaga mesra, feminine, berinspirasi dan beramah melalui warna merah jambu yang sama dengan logo DAPHNE.

DAPHNE yang terletak di kawasan yang meliputi seluas 1,381 kaki persegi, mempunyai pelbagai bahagian yang menampilkan pelbagai koleksi kasut dari yang bergaya, untuk upacara khas seperti perkahwinan, parti kepada kasut klasik dan selesa serta beg-beg yang cukup bergaya dan menarik perhatian.

DAPHNE yang mewakili gaya dengan kualiti tinggi dan selesa dipakai direka khusus untuk memenuhi kehendak setiap wanita pada setiap masa. Berucap pada pembukaan gedung utama itu, Encik Eddie Chen (En. Chen Ying Chieh), Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, DAPHNE INTERNATIONAL HOLDINGS LIMITED, berkata, “Dengan sokongan Magnifiques Solutions Sdn Bhd kami berbangga dapat beroperasi di Malaysia, yang cukup terkenal sebagai penganjur festival kasut antarabangsa serta dapat menawarkan pelbagai pilihan kasut yang berkualiti dan bergaya kepada kaum wanita.

“Keputusan kami untuk menubuhkan DAPHNE di Malaysia menandakan tekad  berterusan  untuk berada di pasaran yang baru dan mengembangkan jenamanya.  Ia sejajar dengan matlamat kami untuk memposisikan DAPHNE sebagai jenama yang berada di ambang tertinggi fesyen dengan bertumpukan kepada keselesaan dan perkhidmatan yang baik,” kata En. Chen.

Berlandaskan kepada konsep jenama DAPHNE, terutamanya ‘Approachable’, ‘Enhanting’ dan pelbagai pilihan, DAPHNE akan memaparkan koleksi Musim Bunga/Panas 2013 yang direka khusus dengan kombinasi elemen fesyen dan gaya hidup untuk mencipta kasut bergaya yang mudah didapati oleh setiap wanita.

DAPHNE, pengeluar kasut terkemuka bangga dengan kepentingan yang diberikan terhadap setiap langkah dalam proses mereka kasut. Para pekerja yang merupakan tunjang belakang terhadap inovasi yang canggih terus menyediakan kasut yang selesa setanding dengan fesyen terkini kepada para pelanggan.

DAPHNE kini mempunyai lebih daripada 4000 peruncit yang tersebar di sekitar Tanah Besar China dan kini menuju ke pasaran antarabangsa.

“Ini merupakan salah sebuah dari pelbagai rancangan kami untuk membangunkan jenama ini. Pada masa kini kami sedang membuat perancangan untuk membuka lebih banyak gedung DAPHNE di sekitar Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.  Dalam  usaha  untuk terus mengukuhkan dan membangunkan jenama, kami komited untuk menubuhkan 20 gedung DAPHNE dalam masa tiga tahun.

“Kami yakin DAPHNE akan dapat menawan hati kaum wanita yang ingin rekabentuk yang anggun, fesyen baru, berinovasi dan bergaya yang dapat menyerlahkan  keyakinan dalam diri mereka. Kami ingin membangunkan jenama ini dan menawarkan kepada kaum wanita satu jenama yang cukup menarik yang berupaya untuk mempelbagaikan lagi koleksi kasut mereka”, kata En. Chen.

Para pelanggan yang mengunjungi DAPHNE akan dapat menikmati pengalaman membeli yang unik dan canggih ketika mereka membuat pilihan dari pelbagai jenis kasut dan beg yang direka khusus untuk memenuhi citarasa mereka.

Encik Eddie Chen Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, DAPHNE INTERNATIONAL HOLDING LIMITED telah merasmikan pembukaan gedung utama itu. Beliau telah diiringi oleh dua ahli lembaga pengarah iaitu Encik Chang Chih Chiao dan Encik Chen Tommy Yi-Hsun.

Pada upacara pelancaran tersebut, para tetamu telah dijemput melihat koleksi kasut dan beg yang berkualiti tinggi, bergaya dan menarik di gedung yang terletak di LOT G1.90, DAPHNE, SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL.

Mengenai DAPHNE

DAPHNE, jenama kasut termasyhur yang menawarkan ‘approachable fashion’ untuk wanita adalah jenama terkemuka Daphne International Holding (Group) Limited yang diperkenalkan di Hong Kong pada tahun 1987.  Sejak 1990, DAPHNE telah mengukir nama dalan industry fesyen dan menjadi terkenal di kalangan para pelanggan kerana menawarkan pengalaman membeli belah yang cukup bergaya, berkualiti tinggi dan menyeronokkan

Sejak penubuhannya, DAPHNE telah diminati untuk gaya rekabentuknya dan keselesaannya. Pada tahun 2010, DAPHNE dianugerahkan dengan ‘China Most Beautiful Footwear’ oleh majalah fesyen, ELLE. DAPHNE kini dan sepanjang 17tahun yang lalu (1996-2012) merupakan peruncit kasut wanita nombor satu di Tanah Besar China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *