(SEMASA) ESTETIKA MEDISPA LANCAR PEMBUKAAN CAWANGAN KEENAM

Spread the love

_dsc4539SHAH ALAM, 1 Nov 2016 – Pusat kecantikan wajah Estetika Medispa secara rasminya melancarkan pembukaan cawangan keenam di Shah Alam pada Selasa.

_dsc4550Ketua Pegawai Eksekutif Dr Alina Hasni Mohamad Rashid berkata, permintaan yang tinggi membuatkan pusat kecantikan ini berkembang kepada enam cawangan dalam tempoh setahun ia ditubuhkan.

“Alhamdulillah, sejak dibuka pada tahun 2015, Estetika Medispa terus berkembang dan membuka enam cawangan di seluruh negara. “Kami juga dalam perancangan untuk pembukaan cawangan Kota Bharu dan Pulau Pinang dalam masa terdekat,” ujarnya. Beliau ditemui pada majlis pelancaran Estetika Medispa cawangan keenam di Shah Alam.

Lima cawangan lain ialah di Bangi, Ampang, Melaka, Kuantan Pahang dan Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis pelancaran tiga selebriti terkenal iaitu Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Anis Al Idrus.

_dsc4591Selain itu, beliau berkata, keistimewaan Estetika Medispa ialah mengabungkan cara rawatan teknologi moden dan tradisional dengan menggunakan produk berkualiti tinggi yang selamat dan berkesan.

“Kami lebih mengutamakan hasil dan kepuasan pelanggan berbanding keuntungan semata-mata. “Teknologi terkini digabungkan dengan cara tradisional yang terbukti selamat serta berkesan,” ujarnya. Selain itu, tambahnya, Estetika Medispa turut menyasarkan keuntungan sebanyak RM2 juta pada tahun ini.

Estetika Medispa diterajui oleh Pengarah Eksekutif Dr Abdul Haq Wasa


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *