(SEMASA) Extra Power Root Berbangga Menjadi Penaja Kelab Bolasepak PKNS (PKNS FC)

Spread the love

IMG-20150813-WA0009

Kelana Jaya: Kumpulan Power Root telah mengumumkan minuman tenaga Extra Power Root sebagai penaja rasmi Kelab Bolasepak PKNS (PKNS FC) pada 12hb Ogos 2015 di Dewan Seri Nilam, Kompleks Sukan PKNS, SS7, Kelana Jaya.

IMG-20150813-WA0003

Sebagai pengeluar minuman halal yang terkemuka di Malaysia, Kumpulan Power Root berbangga bahawa produk Extra Power Root kini dapat membantu membekalkan tenaga serta khasiat yang diperlukan kepada pemain-pemain Kelab Bolasepak PKNS untuk terus meningkatkan prestasi diri dan mencapai kemenangan.

Jauh Lebih Bertenaga dengan Extra Power Root

Extra Power Root adalah minuman tenaga yang berbeza daripada yang lain. Selain daripada mengandungi Vitamin B6, Vitamin B12 dan Taurina, minuman Extra Power Root juga mengandungi Tongkat Ali yang membantu meningkatkan tahap tenaga, daya ketahanan tubuh, tahap stamina serta mengurangkan keletihan mental.

Oleh itu, Extra Power Root adalah minuman terpilih yang membolehkan anda Jauh Lebih Bertenaga pada setiap masa. Extra Power Root sesuai diminum oleh mereka yang memerlukan tenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti harian, senaman ringan, sukan lasak dan lain-lain. Jauh Lebih Bertenaga dengan Extra Power Root pada bila-bila masa untuk apa jua aktiviti, sama ada aktiviti ringan atau aktiviti lasak!

IMG_6118

“Ahli sukan memerlukan tenaga serta stamina yang mencukupi untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan dan perlawanan. Oleh itu, Extra Power Root yang diperkaya dengan Tongkat Ali adalah amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan mereka. Dengan adanya Extra Power Root, ahli Kelab Bolasepak PKNS akan merasa jauh lebih bertenaga pada setiap masa”, kata Ketua Jurulatih PKNS FC, Encik Elavarasan Elangowan.

Extra Power Root terdapat dalam 4 perisa iaitu Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali, Extra Power Root Ginseng dan Tongkat Ali, Extra Power Root Kurma Madu dan Tongkat Ali dan Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali (Berkarbonat). Extra Power Root menggunakan taurina sintetik untuk mencapai tahap kualiti tertinggi. Extra Power Root mendapat pensijilan halal daripada Jakim Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Extra Power Root, sila layari www.powerroot.com.


Spread the love

One comment on “(SEMASA) Extra Power Root Berbangga Menjadi Penaja Kelab Bolasepak PKNS (PKNS FC)

  1. muhammad syahir bin zakaria says:

    Please

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *