(SEMASA) Guardian Meletakkan Kedudukannya Sebagai Pakar Pengeluar Topeng Muka & Mata Untuk Memenuhi Keperluan Anda

Spread the love

insbnr-careers

Rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, Guardian kini telah menjadi pakar pengeluar topeng muka terkemuka di negara ini. Terima kasih kepada rangkaian produk topeng muka, topeng mata serta jalur pembersih pori-pori hidungnya yang kian bertambah.

Guardian_005

Rangkaian inovatif terkini itu menawarkan pelbagai produk bagi memudahkan  golongan yang terlalu sibuk bekerja, kurang tidur serta memerlukan produk yang cepat dan mudah agar kekal menawan sepanjang masa.

GDN_006

Maka, Guardian memperkenal dua koleksi topeng mata dan dua koleksi topeng muka baharu iaitu Guardian Warm Spa Eye Mask dan Guardian Cute Eye Mask dan Guardian Snail Mucus Face Mask dan Guardian Golden Cocoon Face Masks. Guardian juga memperkenalkan 3D Hydrogel Face Mask sebagai pelengkap regim kecantikan muka anda.

GDN_004

Selain itu, pilihan produk jalur pembersih pori-pori hidung juga telah diperluas. Sekali gus menawarkan rangkaian produk penjagaan kecantikan wajah yang lebih menyeluruh.

GDN_001

Rangkaian Topeng Mata Terkini Guardian

Tampil dengan pek pembungkusan yang terang, ceria dan menonjol, rangkaian Topeng Cute Eye Guardian telah diuji secara dermatologi dan terbukti berkesan untuk memanja dan meremajakan kulit sensitif di sekitar mata anda. Sementara Guardian Warm Spa Eye Mask pula tampil dengan pembungkusan ringkas untuk menyegarkan bahagian mata yang letih, biarpun ketika dalam perjalanan.

GDN_003

Lapisan kulit di sekitar mata telah diketahui umum bahawa ia lebih halus dan sensitif. Kehalusan lapisan kulit ini bermakna proses penjagaan kulit di sekitar mata kini semakin mencabar. Kini, Guardian tampil dengan rangkaian topeng mata comel baharu yang berupaya membantu memperbaiki penampilan kontur mata.

“Pengguna hari ini semakin bijak dan berpengetahuan. Mereka yakin dengan produk Guardian yang berkualiti tinggi dan menghargai harga produk kami yang lebih menarik serta mampu milik,” kata Pengarah Jenama Korporat Unit Kesihatan dan Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene Defline.

Berbanding jenama-jenama terkenal lain, tarikan harga rangkaian produk topeng mata Guardian membuatkan kemewahan aktiviti memanjakan diri kini lebih mudah. Malah, anda boleh memanjakan diri dengan produk ini sekerap dua hingga tiga kali seminggu.

GDN_002

Dengan adanya Guardian Warm Spa Eye Mask, tiada lagi alasan untuk tidak menikmati sesi memanjakan mata sewajarnya di rumah. Hadir dengan pilihan Lavender dan Bebas Wangian, topeng mata ini boleh memanas secara sendiri dan berupaya menyegar serta melegakan mata yang lesu hanya dalam 10 minit! Dengan rekaan zon hangat tersendiri, ia mampu menghangatkan sekitar bahagian mata, menyegarkan kontur mata sambil melindungi mata. Reka bentuknya yang mesra pengguna dan padat memudahkan wanita berkerjaya dan sibuk untuk membawanya di dalam beg tangan mahupun bagasi ke mana-mana sahaja. Baik untuk mereka yang bekerja di pejabat mahupun sentiasa melancong, Guardian Warm Spa Eye Mask, terus mengangkat nikmat rehat 10 minit anda ke tahap yang baru.

Guardian Cute Eye Mask hadir dalam tiga pilihan yang menyegarkan – Koko, Timun dan Elder Flower.

Bye Bye Panda Eyes Cocoa Brightening Eye Mask

Penyelesaian terbaik untuk masalah lingkaran gelap bawah mata! Cocoa Brightening Eye Mask helps membantu pengguna tampil lebih segar dan bermaya. Dirumus dengan ekstrak Koko dan Daun Camellia, ia membantu menegangkan semula bahagian kontur mata agar lebih segar berseri. Ia juga mengandungi pelbagai pati pelembap yang diperoleh dari Minyak Buah Zaitun dan Hialuronat bagi menyerlahkan semula tarikan mata anda, biarpun selepas berpenat semalaman.

Bye Bye Tired Eyes Cucumber Moisturising Eye Mask

Guardian Cucumber Moisturising Eye Mask membolehkan anda menikmati khasiat buah timun yang menyegarkan dan mendinginkan kulit sepenuhnya. Dirumus dengan ekstrak Timun dan Lidah Buaya, produk ini membantu melembap dan mengembalikan keserian kontur mata terutamanya bagi mereka yang sering menghabiskan masa di pejabat berhawa dingin serta kering. Berkesan menghilangkan garis-garis halus agar kulit tampil mulus, kandungan pati Buah Delima juga membantu menjana semula ketegangan kulit sekitar mata. Hasilnya, anda bangun dan kelihatan lebih bermaya serta bersemangat!

Bye Bye Puffy Eyes Elder Flower Firming Eye Mask

Dengan bantuan Elder Flower Firming Eye Mask, tiada lagi masalah mata sembab! Seperti nama produk ini, topeng mata ini membantu menguatkan daya tahan dan ketegangan bahagian kontur mata menerusi pati pelembap yang diperoleh daripada kolagen hidrolisis.

Guardian Cute Eye Mask dijual pada harga RM1.98 sehelai. Manakala Guardian Warm Spa Eye Mask boleh didapati pada harga RM19.90 sekotak (5 helai).

Koleksi Topeng Muka Guardian Terkini

Wajah nampak letih dan tidak bermaya selepas lima hari bekerja? Jadual hujung minggu pula padat dengan aktiviti dan parti yang perlu dihadiri.

Kini, pakar pengeluar topeng muka, Guardian memperkenalkan jalan penyelesaiannya menerusi Snail Mucus dan Golden Cocoon Face Masks eksotik. Dirumus dengan ekstrak Mukus Siput dan Kokun Emas, koleksi topeng muka ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti berkesan untuk kulit sensitif. Manjakan kulit anda dengan rawatan topeng muka ini. Berkesan untuk melembap dan mencerahkan wajah dengan serta-merta.

Koleksi topeng muka ini diperbuat daripada helaian selulosa TENCEL® asli dan semula jadi, sejenis serat selulosa berteknologi tinggi. Helaian TENCEL® menawarkan pengekalan lembapan yang tinggi agar pati kekal dalam lapisan kulit dan kulit dapat menyerap semua khasiat terbaik daripada cecair topeng muka. Lapisan licin helaian TENCEL® juga memberi kesan selembut sutera dengan keselesaan yang tiada tandingan.

Topeng muka Snail Mucus mengandungi ekstrak Mukus Siput yang mampu meremajakan kulit. Sekali gus menegangkan kulit, mengurangkan kedutan, memperbaiki tekstur serta kelembutan kulit. Terdapat dua pilihan berbeza – Ekstrak Yucca Vera yang mengandungi rumusan pelembap tertinggi dan Ekstrak White Peony dengan rumusan pencerah kulit tertinggi.

Dengan belaian lembapan tertinggi, topeng muka Golden Cocoon Guardian bertindak menyuburkan kulit agar wajah tampil menyerlah dan berseri-seri. Ia mengandungi Sericin, sejenis komponen daripada sutera mentah yang mudah ditemui dalam kokun ulat sutera. Sericin kaya dengan kandungan asid amino dan agen-agen pelembap yang paling tinggi. Topeng muka ini hadir dalam dua variasi – Lotus Leaf untuk kesan wajah yang lebih berseri dan Ekstrak Oatmeal untuk memberi penghidratan mendalam.

Mampu milik, telah diuji serta terbukti berkesan secara dermatologi, Pengarah Jenama Korporat Unit Kesihatan & Kecantikan The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene berkata, koleksi topeng muka Guardian Snail Mucus dan Golden Cocoon Face membolehkan “impian kecantikan dan kemewahan pengguna tercapai”.

Guardian Snail Mucus and Golden Cocoon Face dijual pada harga RM8.50 sehelai.

Koleksi Guardian 3D Hydrogel Face Mask

Koleksi Guardian 3D Hydrogel Face Mask hadir dengan dua pilihan berbeza iaitu Pelembap dan Pencerah. Ia sebagai tanda era inovasi topeng muka baharu yang lebih berkesan dan menyegarkan bagi penjagaan serta rawatan kulit wajah di rumah.

Sesuai untuk kulit kering, Guardian 3D Hydrogel Face Mask memberi kesan lembapan yang lebih tahan lama, menenang, menghalus dan menyuburkan kulit. Hasilnya, wajah tampil lembut, lebih segar dan licin. Dirumus dengan sumber yang diiktiraf mesra alam, esktrak Calendula terkenal sebagai agen penenang dan pelembap kulit.

Koleksi ini juga hadir dengan varian Pencerah iaitu Topeng Muka Brightening 3D Hydrogel khas untuk pengguna yang mengimpikan wajah lebih segar. Topeng muka ini mencerah, melembap dan mengecilkan pori-pori wajah agar tampil lebih halus berseri.

Dirumus dengan sumber mesra alam, ekstrak Bilberi yang terkenal sebagai agen pencerah, penghalus kulit serta diperkaya dengan antioksidan bagi memanjakan kulit lembut anda.

Koleksi Guardian 3D Hydrogel Face Mask ini boleh didapati pada harga RM11.35 setiap helai.

Rangkaian Jalur Pembersih Pori-Pori Hidung Guardian

Kehadiran bintik-bintik hitam pada hidung dan sekitarnya terbentuk akibat pengoksidaan minyak serta sel kulit mati yang terperangkap dalam pori-pori kulit anda. Partikel-partikel yang terperangkap ini akan membentuk bintik-bintik hitam apabila terdedah kepada udara dan faktor luaran lain.

Untuk wajah yang lebih bersih dan licin, pastikan bintik-bintik hitam dibuang dan pori-pori pada kulit hidung dikecilkan. Elakkan daripada memicit bintik hitam dan putih dengan kuku agar tidak meninggalkan kesan parut.

Pakar pengeluar topeng muka, Guardian kini memperkenalkan rangkaian menyeluruh jalur pembersih pori-pori hidung yang bertindak menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih dengan lembut serta berkesan. Ia juga bertindak mengecilkan pori-pori agar kulit nampak lebih licin dan bersih.

Jalur Pembersih Por-pori Tea Tree Oil Pore Strips

Jalur Pembersih Pori-pori Guardian Tea Tree Oil Pore Strips bertindak menghilangkan kotoran dan membersih pori-pori secara mendalam dengan berkesan. Ia membantu menanggalkan bintik-bintik hitam dan kotoran degil pada kulit dengan serta-merta melalui rumusan antibakteria. Jalur pembersih pori-pori ini juga diperkaya dengan Witch Hazel bagi mengecilkan pori-pori.

Jalur Pembersih Pori-pori Guardian Tea Tree Oil Pore Strips boleh didapati pada harga RM10.33 sekotak (10 jalur).

Jalur Pembersih Pori-pori Charcoal Pore Strips

Jalur Pembersih Pori-pori Guardian Charcoal Pore Strips mengandungi bahan aktif arang bagi menyerap minyak dan kotoran, di samping kandungan Witch Hazel untuk mengecilkan pori-pori. Minyak Pudina pula bertindak sebagai agen penyegar kulit.

Jalur Pembersih Pori-pori Guardian Charcoal Pore Strips boleh didapati pada harga RM10.33 sekotak (10 jalur).

Jalur Pembersih Pori-Pori Simply Men Volcanic Ash

Jalur Pembersih Pori-Pori Simply Men Volcanic Ash Guardian diperkaya dengan bahan mineral daripada abu gunung berapi yang diperoleh dari Pulau Jeju, Korea. Bahan mineral ini bertindak pantas menyerap segala kotoran degil untuk membersih serta menghilangkan noda-noda secara mendalam dan berkesan. Ia juga berupaya menanggalkan bintik-bintik hitam dan segala bendasing pada kulit.

Jalur Pembersih Pori-Pori Simply Men Volcanic Ash Guardian boleh didapati pada harga RM10.33 sekotak (10 jalur).

Pek Pembersih 3-Step Nose Pore

Miliki permukaan hidung yang bersih dan licin semudah 1-2-3. Hanya tiga langkah mudah, Pek Pembersih Pori-Pori Hidung 3-Step Nose Pore Pack berupaya melembut dan menanggalkan bintik hitam, bintik putih, lebihan minyak serta kotoran degil pada bahagian hidung secara berkesan.

Pek Pembersih Pori-Pori Hidung 3-Step Nose Pore Pack dijual pada harga RM9.32.

Semua produk pembersih pori-pori kulit dan topeng mata serta muka kini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara atau layari e-kedai kami di http://online.guardian.com.my/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *