(HIBURAN) Kemuncak 30 tahun Wings

wings-30th-anniv-postWeb700-1024x1024

Kata Awie “Wings tidak pernah bubar, cuma bertukar anggota” …kata-kata tersebut mengambarkan keuntuhan perjuangan kumpulan muzik rock terkemuka tanah air ini. Hampir 30 tahun melawan arus masa, naik dan turun perjuangan mereka, pahit dan manis dikongsi bersama menjadikan mereka antara kumpulan muzik muzik rock yang unggul di persada arena muzik tempatan. Semenjak tahun 1985 sehingga 2015, kumpulan Wings telah bertukar anggota beberapa kali dan kini Awie, Joe, Eddie dan Black menjadi anggota terkini yang masih kekal mengemudi kumpulan Wings.

DSC_6769

Bertempat di Swiss Garden Residence pada 30 September 2015, telah berlangsungnya majlis ulang tahun kumpulan Wings yang disambut bersama-sama peminat, media serta barisan artis yang pernah berkerjasama dengan kumpulan Wings sebelum ini.

DSC_6587

Di majlis tersebut juga, Wings turut menjemput bekas ahli kumpulan mereka yang pernah dahulu menjadi sebahagian legasi kumpulan ini antaranya Syam, Mel, Mus dan Jojet untuk bersama-sama menyambut ulang tahun ke 30 kumpulan tersebut.

IMG20150930230155rsz

Demi untuk peminat setia mereka, bersempena meraikan 30 Tahun penglibatan dalam arena rock, Wings mengajak peminat-peminatnya bersama-sama ke Konsert Wings 30 Tahun yang bakal direncanakan pada 31 Oktober 2015 di Stadium Merdeka. Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini adalah RM85 (free seating) , RM285 (Rock Zone) dan RM48 (khas untuk para pelajar, tertakluk pada terma dan syarat). Tiket boleh di beli secara online di http://www.tickethotline.com.my atau lawati www.sayap2wings.com untuk maklumat lanjut.

new-layout

EVENT : Konsert Wings 30 Tahun
DATE    : 31 October 2015 (Saturday)
TIME     : 8.45pm
VENUE : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

TICKET CATEGORY
ROCKZONE – RM 285.00 (Free Standing)
NORMAL      – RM 85.00 (Free Standing & Seating)
STUDENT    – RM45.00 (Free Standing & Seating)

Corporate Seat (RM85&RM285) is not available for online and outlet sales. Please call 03-7725 1166/1177 for further information.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *