(HIBURAN) JUVANA 2: Apabila kehidupan ‘terperangkap dalam kebebasan’

FA_JUVANA_A1POSTER_150820

Setelah filem Juvana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dengan kutipan tiket sebanyak RM2.86 juta pada tahun 2013, filem berkenaan diteruskan lagi untuk sekuelnya yang kedua yang diberi judul Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan.

DSC_1355

Menariknya, untuk kesinambungan bagi filem berkenaan, ia turut mengekalkan sebahagian barisan pelakon asal sebelum ini seperti Zahiril Adzim, Johan As’ari, Adam Shahz dan Sheira Aiyob.

DSC_1547

Dalam sekuel yang kedua ini, ia meneruskan meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka dari drama siri yang memenangi Drama Rantaian Terbaik, Anugerah Skrin 2011 dan filem pecah panggung iaitu Juvana, di mana anak-anak muda ini cuba menyesuaikan diri  di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.

DSC_1537

Jalan cerita Juvana 2 bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

DSC_1396

Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan.

DSC_1373

Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat.

DSC_1365

Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti.

DSC_1316

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

DSC_1284

Ingin mengetahui lebih lanjut siapakah individu berkenaan, semuanya dapat disaksikan dalam Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan yang akan menemui penonton di pawagam pada 29 Oktober 2015.

DSC_1308

Dalam filem susulan ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Faisal Ishak setelah mendapat permintaan dan sokongan yang tinggi dari para peminat.

DSC_1651

Penggambarannya pula bermula pada 24 April 2014 di sekitar Kuala Lumpur serta diterbitkan bersama oleh Filmscape Sdn. Bhd., Juita Viden Sdn. Bhd. dan Star Media Group Berhad.

DSC_1274

Youtube Trailer Juvana 2:

https://www.youtube.com/watch?v=b_3TzddtQ6U

NAZ_5698

Facebook:

https://www.facebook.com/JuvanaFilm?fref=ts

DSC_1690

Twitter:

https://twitter.com/JuvanaFilm

NAZ_5686

DIBINTANGI OLEH

ZAHIRIL ADZIM                                 – DAIM

JOHAN AS’ARI                                   – BOTAK

HASNUL RAHMAT                            – EN RAJA

PEKIN IBRAHIM                                – TOK KI

ADAM SHAHZ                                    – AYAM

NAZ_5656

DIBANTU OLEH

SHERA AIYOB                                     – SARA

NAD ZAINAL                                       – NABILA

RIKI RIKANDO                                    – GAJAH

KHAIRUL MOHAMED                      – KOMENG

MUHAMMAD SYAFIQ IKMAL      – GABAN

HELMI HAKIM                                    – ABE

HAFREEZ ADAM                                  – EN MEGAT

EYKA FARHANA                                        – NADIA

AMIRUL AIMAN                                       – LAN

SWEET (FARHANA)                          – MIDAH

ROSLI SAKO                        – AYAH BOTAK

AYEZ SHAUKAT FONSEKA             – SHAH

ELIAS ISKANDAR                               – MAT SAMAN

FENDI AMAT                                      – DIN KUDA

DANIELL FIQ                                       – JAN

LAU CHEE HONG                              – KEREL

AZWAN KOMBOS                            – DR NAZIM

ROSLAN ABDULLAH                        – DIN

SHAM PIAN                                        – AMIN

SOL AZMI                                            – RAHIM

NAZ_4612

 

PENAMPILAN ISTIMEWA

ZAIDI OMAR

SHARNAAZ BASIR AHMAD

PUTERI CHI CHI

AISYA HASNAA

RENT1228

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *