(SEMASA) JETOUR Melancarkan T2 i-DM di Malaysia

Spread the love

Kuala Lumpur, 19 September 2026 – JETOUR Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan JETOUR T2 i-DM, sebuah Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin hibrid khusus 1.5L TGDi, transmisi hibrid khusus 3-kelajuan serta sistem motor elektrik berkembar. Kuasa gabungan sehingga 265kW dan tork sehingga 610Nm, JETOUR T2 i-DM menawarkan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,200km serta jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 100+km, sekali gus menggabungkan prestasi elektrifikasi, fleksibiliti untuk kegunaan harian dan karakter lasak JETOUR T2.

“Malaysia merupakan pasaran penting dalam strategi global JETOUR. Seiring perubahan gaya hidup, kami melihat peningkatan minat terhadap kenderaan yang mampu memenuhi keperluan harian sambil memberikan kebebasan untuk meneroka lebih jauh. Berlandaskan falsafah ‘Travel+’, T2 i-DM menggabungkan elektrifikasi pintar, kepelbagaian fungsi dan semangat pengembaraan dalam satu pakej. Ia merupakan penambahan bermakna kepada rangkaian produk kami yang semakin berkembang di Malaysia, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai meneroka, mengalami dan menikmati setiap perjalanan,” kata Encik Ke Chuandeng, Presiden JETOUR International.

Pelancaran ini menandakan satu lagi langkah dalam usaha JETOUR Malaysia memperluaskan penawaran produknya, di samping mencerminkan falsafah Travel+ yang berteraskan usaha menjadikan perjalanan lebih mudah dinikmati, menyeronokkan dan bermakna sambil memberi pemandu kebebasan untuk meneroka lebih jauh.

Kuasa hibrid pintar untuk setiap perjalanan

Sistem hibrid Intelligent Dual-Mode (i-DM) JETOUR menggabungkan kuasa elektrik dan hibrid secara lancar untuk menawarkan prestasi responsif, pemanduan yang cekap serta fleksibiliti bagi kegunaan harian.

Sistem i-DM secara pintar beralih antara kuasa elektrik dan hibrid mengikut lima situasi kenderaan beroperasi: EV Drive untuk pemanduan di kawasan perumahan dan pada kelajuan rendah, Series Hybrid untuk trafik bandar, Dual Power Boost ketika memotong dan mendaki bukit, Parallel Hybrid untuk pemanduan di lebuh raya, serta regenerative braking yang membantu menjana semula tenaga ketika membrek dan menuruni bukit.

JETOUR T2 i-DM dilengkapi bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 18.4kWh dengan perlindungan air dan habuk bertaraf IP68, sarung bateri berketahanan tinggi serta perlindungan bahagian bawah kenderaan, ketahanan terhadap suhu tinggi dan sistem pemutusan kuasa voltan tinggi dengan pantas. Kenderaan ini turut menawarkan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) sehingga 3.3kW untuk membekalkan kuasa kepada peranti luaran yang serasi.

T2 i-DM menyokong pelbagai pilihan pengecasan, termasuk pengecasan pantas DC 57kW yang mampu mengecas bateri daripada 30% kepada 80% State of Charge (SoC) dalam masa 27 minit atau kurang, pengecasan AC 6.6kW menggunakan wallbox daripada 30% kepada 100% SoC dalam masa tiga jam atau kurang, serta pengecasan mudah alih AC 2.2kW daripada 30% kepada 100% SoC dalam masa enam jam atau kurang. Masa dan output pengecasan mungkin berbeza bergantung kepada peralatan pengecasan serta keadaan operasi.

Reka bentuk lasak dengan kepraktisan untuk kegunaan harian

Kekal setia kepada karakter JETOUR T2 yang berorientasikan pengembaraan, JETOUR T2 i-DM menampilkan reka bentuk luaran yang lasak dan sesuai untuk kegunaan harian di bandar, percutian bersama keluarga mahupun aktiviti dan pengembaraan luar.

Antara ciri luaran utama termasuk lampu hadapan Auto LED dengan “JETOUR” Signature Wordlight, rim aloi Trailblazer bersaiz 20-inci, Door Mirrors Reversing Mode, tayar ganti dipasang di bahagian belakang yang dilengkapi dengan Electric Suction Back Door.

Di dalam kabin, teknologi dan keselesaan digabungkan menerusi paparan multimedia 15.6 inci dengan paparan hibrid khusus, sistem audio premium Sony dengan 12 pembesar suara serta pengecas tanpa wayar 50W. Ciri keselesaan pula merangkumi tempat duduk hadapan dengan fungsi memori serta Welcome Function, tempat duduk hadapan berpengudaraan, tombol gear kristal bercahaya, cermin pandang belakang dengan fungsi Auto Dimming serta pencahayaan ambien Cosmic Multicolour.

Teknologi pintar dan keselamatan

JETOUR T2 i-DM dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Assist Intervention (LAI), Blind Spot Detection (BSD), Integrated Cruise Assist (ICA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Intelligent High Beam (IHB).

Keselamatan turut diperkukuh dengan struktur badan keluli berketahanan tinggi (High Strength Steel), enam beg udara SRS, Panoramic View Monitoring System serta Tyre Pressure Monitoring System.

Ditawarkan pada harga RM162,800[1], JETOUR T2 i-DM turut hadir dengan Pakej Early Bird bernilai sehingga RM3,000 untuk 2,000 pendaftaran yang terawal. Pelanggan boleh memilih sama ada pengecas wallbox AC 7kW percuma termasuk pemasangan atau kredit pengecasan ChargeSini bernilai RM2,000. Kedua-dua pilihan turut disertakan dengan kabel penyesuai V2L percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah serendah 1.68%*, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari segi pemilikan, JETOUR T2 i-DM disokong dengan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000km, waranti bateri voltan tinggi selama lapan tahun atau 160,000km, waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000km, serta lima sesi penyelenggaraan percuma, tertakluk kepada mana-mana yang terdahulu.

Program Insurans JETOUR turut menawarkan perlindungan tambahan kepada pemilik JETOUR T2 i-DM, termasuk perlindungan pengecas wallbox AC 7kW sehingga RM5,000 serta perlindungan liabiliti peribadi pihak ketiga sehingga RM50,000 bagi kecederaan tubuh badan, kematian atau kerosakan harta benda yang berpunca daripada penggunaan atau pengendalian pengecas EV. Bersempena pelancaran ini, Perlindungan Risiko Khas (Special Perils Coverage) akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada kempen kepada 2,000 pemilik JETOUR T2 i-DM pertama yang berdaftar atau sehingga 28 Februari 2027, mana-mana yang terdahulu. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR dan rangkaian SUV-nya, layari https://jetour.com.my/.

[1] Nett selling price, without registration fee, inspection fee, HP ownership, road tax and insurance | Valid for Peninsula Malaysia only.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *