(SEMASA) JUARA PENGEMBARAAN ISUZU V-CROSS DIUMUMKAN

Spread the love

PICTURE 1

Pasukan Blue Hedgehogs yang terdiri daripada Donovan Ng dan Balvinderjit Singh muncul sebagai pemenang Pengembaraan ISUZU V-Cross – siri realiti 4×4 yang pertama di Malaysia. Ini ekoran tayangan episod terakhir siri realiti yang telah disiarkan dalam bentuk webisod setiap dua kali seminggu di saluran rasmi YouTube ISUZU D-Max Malaysia sejak 4 November 2014. Sebagai juara, Donovan dan Balvinderjit membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000. Majlis penyampaian hadiah cabaran berkenaan telah berlangsung di bilik pameran ISUZU D-MAX di Kepong.

Donovan, 22, dan rakan sekerjanya di Maybank, Balvinderjit, 26, berkata, gandingan mereka berdua merupakan satu keputusan spontan. Menurut Donovan, “Saya telah mengetahui mengenai uji bakat pertandingan ini menerusi media sosial ketika sedang makan malam dan terus mendapat inspirasi untuk mengambil bahagian. Ia adalah suatu yang baru bagi saya.  Saya mengajak Balvin untuk menjadi rakan sepasukan kerana saya percaya pertandingan ini tentu menarik minat beliau yang menggemari cabaran.” Walaupun agak keberatan pada peringkat awal kerana perlu mengejar masa supaya sempat hadir di sesi uji bakat, Balvin kemudian mengubah fikirannya dan memutuskan untuk menyertai cabaran tersebut.

Sungguhpun hanya mengenali satu sama lain buat beberapa bulan, namun semangat kerjasama antara mereka sangat baik sepanjang pertandingan. Tidak menghadapi konflik besar, rakan sepasukan ini meraih peluang keemasan dalam mempelajari tentang nilai sebenar suatu kepercayaan. Mereka mengakui kejayaan yang dikecapi tidak mungkin dicapai sekiranya tiada kepercayaan antara satu sama lain dalam menyempurnakan cabaran yang diberi.

“Kemahiran dan semangat kerjasama yang tinggi diperlukan dalam mengendalikan trak pikap 4×4 D-MAX V-Cross. Pemanduannya sangat berbeza berbanding kereta biasa ketika  berada dalam persekitaran off-road. Cabaran yang dihadapi amat sukar dan terdapat kemungkinan kenderaan kami kemalangan atau terbenam di dalam lumpur. Oleh itu, komunikasi dengan rakan sepasukan dan keupayaan kenderaan memainkan peranan penting supaya berjaya merentas muka bumi mencabar ini dengan selamat. Trak ini sememangnya sebuah kenderaan berkuasa – dan berjaya membawa kami ke garisan penamat,” ujar Balvin.

Pengembaraan ISUZU V-Cross menyaksikan enam pasukan peringkat akhir menempuh cabaran yang menyeronokkan di pelbagai lokasi sekitar Ulu Slim dan Teratak, Perak menggunakan model ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 – pemenang anugerah Trak Pikap Terbaik NST-Maybank bagi dua tahun berturut-turut, sekali gus menikmati keteguhan, ciri-ciri cekap minyak dan keselamatan kenderaan berkenaan. Tiga finalis bertuah juga berpeluang berganding tenaga dengan Ben dan Hafiz daripada FlyFM serta pelakon Diana Danielle.

ISUZU merupakan jenama automotif pertama yang menganjurkan sebuah siri realiti di Malaysia – bersempena dengan pelancaran model ISUZU D-MAX V-Cross dan varian ISUZU D-MAX V-Cross Safari baru-baru ini. Pengembaraan ISUZU V-Cross menerima sambutan penyertaan yang memberangsangkan dari seluruh negara menerusi penghantaran video uji bakat di laman web dan siri promosi jelajah pertandingan berkenaan, di samping inisiatif pengambilan peserta FlyFM.

“Tahniah kepada Pasukan Blue Hedgehogs. Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan ini kerana mereka terpaksa mempelajari bagaimana memandu sebuah kenderaan 4×4 semasa pertandingan berlangsung – kerana tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Prestasi ISUZU D-MAX V-Cross memberikan perbezaan yang ketara kerana teknologi terkini yang diterapkan dalam kenderaan tersebut telah membolehkan dua pemandu baru mencapai kejayaan. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk meyakinkan pasukan ini bahawa teknologi yang disediakan akan membantu mereka melalui pengembaraan ini. Hasil yang dicapai jelas membuktikan keteguhan dan kebolehpercayaan ciri-ciri kenderan tersebut. Bagi pasukan Blue Hedgehogs, teknologi terkini dalam ISUZU D-MAX V-Cross telah membantu mereka mengatasi cabaran off-road sehingga ke peringkat kejayaan,” kata Daisuke Ishida, Ketua Pegawai Operasi ISUZU Malaysia.

 

Pengembaraan terunggul

Finalis-finalis terlibat telah menyertai cabaran ini dari 10 sehingga 13 Oktober 2014. Dalam siri realiti ini, peserta berpeluang mempelajari komunikasi asas antara pemandu dan pemandu kedua untuk mengemudi kenderaan mereka dalam persekitaran off-road dengan selamat. Mereka juga menggunakan fungsi pemanduan 4-roda untuk mengatasi cabaran permukaan bumi seperti menyeberangi sungai, melepasi kawasan berlumpur, cerun licin dan sebagainya. Peserta juga perlu menggunakan kemahiran memandu yang baru dipelajari dalam cabaran ‘serangan masa’ yang menguji keupayaan teknikal dan kepantasan tindakan mereka.

Ikuti aksi pengembaraan

Jangan risau jika anda tidak mengikuti aksi Pengembaraan ISUZU V-Cross sebelum ini. Ikuti pengembaraan peserta peringkat akhir ini dengan menonton webisod pertandingan di saluran rasmi YouTube ISUZU (http://www.youtube.com/user/IsuzuDmaxMalaysia). Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran istimewa selama sejam di rangkaian Bloomberg Television (Saluran Astro 519) yang mana waktu tayangannya akan diumumkan tidak lama lagi. Oleh itu, jangan lupa mengikuti perkembangan kami!

Enam pasukan peringkat akhir yang mengambil bahagian dalam cabaran Pengembaraan ISUZU V-Cross adalah:

  1. Team Ben
  2. Ben dari FlyFM
  3. Shannon Hong
  4. Fun Hunters
  5. Syukri Kariem
  6. Luqman Hakiem
  7. Team Hafiz
  8. Hafiz dari Fly FM
  9. Ivan See
  10. Turbos
  11. Thiruvaluver A/L Appudurai
  12. Vanaja Subramaniam
  13. Victorious Secret
  14. Diana Danielle
  15. Ezdiyannie Zakaria
  16. Blue Hedgehogs
  17. Donovan Ng
  18. Balvinderjit Singh

Pengembaraan ISUZU V-Cross turut ditaja oleh Arnold Palmer, Van Heusen dan Beverly Hills Polo Club, sementara Motor Trader merupakan majalah automotif rasmi. Minuman tenaga Red Bull telah berperanan meningkatkan daya tenaga peserta sepanjang cabaran berlangsung. Cabaran ini juga disokong oleh FlyFM.

Maklumat lanjut berkenaan Pengembaraan ISUZU V-Cross boleh didapati di:

Laman web: http://www.isuzu.net.my/vcrossadventure                                                   Facebook: https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia                                        Twitter: https://twitter.com/IsuzuDmaxMy                                                                     YouTube: http://www.youtube.com/user/IsuzuDmaxMalaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *