Tag: JUARA PENGEMBARAAN

(SEMASA) JUARA PENGEMBARAAN ISUZU V-CROSS DIUMUMKAN

PICTURE 1

Pasukan Blue Hedgehogs yang terdiri daripada Donovan Ng dan Balvinderjit Singh muncul sebagai pemenang Pengembaraan ISUZU V-Cross – siri realiti 4×4 yang pertama di Malaysia. Ini ekoran tayangan episod terakhir siri realiti yang telah disiarkan dalam bentuk webisod setiap dua kali seminggu di saluran rasmi YouTube ISUZU D-Max Malaysia sejak 4 November 2014. Sebagai juara, Donovan dan Balvinderjit membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000. Majlis penyampaian hadiah cabaran berkenaan telah berlangsung di bilik pameran ISUZU D-MAX di Kepong. Read more →