(SEMASA) LEAGOO SHARK 1 SATU-SATUNYA YANG ANDA PERLUKAN

Spread the love

(L-R) Parker Xie, General Manager, LEAGOO Co. Ltd receives autographed poster from Zul Ariffin, LEAGOO Brand Ambassador with Dato' Calvin Chan, CEO, LEAGOO Malaysia

  • Peranti flagship terbaharu ini menampilkan kapasiti bateri terbesar serta paparan skrin lebih besar untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.
  • Pelakon bergaya dan versatil Zul Ariffin dilantik menjadi duta jenama bagi mendekatkan LEAGOO dengan para pengguna.

KUALA LUMPUR, 27 April 2016 – LEAGOO hari ini melonjakkan segmen telefon pintar asas ke satu tahap baharu apabila melancarkan peranti flagship terkini jenama tersebut – LEAGOO Shark 1. Dihasilkan melalui gabungan kepakaran LEAGOO dalam industri komunikasi mudah alih dan falsafah rekabentuknya yang berteraskan manusia, Shark 1 bukanlah hanya merupakan sebuah telefon pintar yang bergaya dan unggul semata-matanya, bahkan ia turut menawarkan penyelesaian kepada gaya hidup masa kini. Dan dalam usaha LEAGOO untuk mendekatkan dirinya kepada para pengguna tempatan serta melebarkan lagi sayap jenama ini di Malaysia, bintang pujaan Zul Ariffin telah dilantik untuk menggalas misi itu.

LEAGOO Shark 1_Product Image 7Menerusi kesungguhan LEAGOO yang tidak putus-putus mengejar kesempurnaan, maka terhasillah LEAGOO Shark 1 yang megekalkan segala ciri inovatif daripada peranti terdahulunya, dan pada masa sama memantapkan segala kekurangan yang ada pada sesebuah telefon pintar asas. Maka, peranti flagship terbaharu ini adalah jawapan kepada mereka yang mengutamakan dua aspek terpenting pada telefon pintar iaitu bateri berhayat panjang dan paparan skrin lebih besar.LEAGOO Shark 1 Battery

 Lebih Besar, Lebih Hebat

‘Berapa lamakah bateri telefon anda dapat tahan dengan satu cas’ adalah soalan yang lazimnya dibincangkan dalam perbualan seharian. Dilengkapi dengan bateri Li-Po berkuasa 6,300mAh, LEAGOO Shark 1 berupaya bertahan selama 45 hari dalam keadaan ‘standby’ dengan hanya sekali cas. Untuk kegunaan biasa, hayat bateri LEAGOO Shark 1 mampu berlanjutan sehingga 3.5 hari dan 2 hari untuk penggunaan intensif. Maka para pengguna tidak perlu gusar lagi berhubung keperluan untuk mengecas telefon pintar mereka beberapa kali seharian serta membawa bersama power bank dan adapter pengecas apabila hendak ke mana-mana.

LEAGOO Shark 1 juga datangnya dengan fungsi Pengecasan Berbalik (Reverse Charging) yang mana membolehkan penggunanya mengecas dua peranti lain pada sesuatu masa. Malah, pengguna juga tidak perlu menanti lama untuk peranti mereka dicas penuh oleh kerana teknologi ‘Pump Express Flash Charge 9V/3A’ berupaya menyingkatkan tempoh pengecasan. Dengan pengecasan sesingkat 30 minit dengan menggunakan adapter kuasa, ia sudah memadai untuk LEAGOO Shark 1 digunakan sehari suntuk tanpa perlu mengecasnya lagi.

Pengalaman menonton video di LEAGOO Shark 1 pastinya juga lebih menyeronokkan dengan teknologi paparan LG LTPS 6-inci HD Penuh, yang mana membawakan keterangan yang lebih baik dan tidak menggunakan banyak tenaga. Dengan ketumpatan pixel mencecah 368ppi, LEAGOO Shark 1 dapat menayangkan gambar yang lebih jernih dan tajam – sesuai untuk kandungan video dan multimedia. Dilitupi Kaca terkuat Corning Gorilla Generasi ke-4 dan digabungkan dengan proses 2.5D Arc Edge, LEAGOO Shark 1 ialah peranti yang berbadan yang teguh, tahan-calar, halus dan nipis.

“LEAGOO percaya bahawa rekabentuk adalah jiwa kepada sesuatu jenama itu, dan rekabentuk produk hebat tidak sahaja sekadar memberikan hak untuk mendabik dada, sebaliknya menawarkan penyelesaian pintar yang benar-benar dapat memenuhi segala kehendak gaya hidup mereka. Dan melalui pelancaran Shark 1 ini, kami berniat untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih teratur dengan menawarkan satu-satunya telefon pintar yang memadai untuk apa jua kegunaan, tanpa perlu memiliki terlalu banyak peranti,” kata Dato’ Calvin Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, LEAGOO Malaysia.

Direka untuk Prestasi, dan Berpesona

Bateri berkapasiti besar yang ada pada LEAGOO Shark 1 bukanlah penghalang untuk telefon pintar ini memiliki rupa yang menarik, di mana ia menampilkan rekabentuk besi dinamik Unibody, dengan ketebalan 8.5mm dan melengkung dari sisi ke sudut peranti itu. Bingkai logamnya pula menghasilkan sentuhan kelas dan premium, sekaligus menjadikan pemilik peranti ini lebih bergaya dan penuh keyakinan. LEAGOO juga dalam proses untuk meraih pengiktirafan Rekod Dunia Guinness untuk anugerah telefon pintar berpunya bateri berkapasiti terbesar untuk kategori peranti berketebalan 9mm dan ke bawah.

Diperkuat dengan Pemproses Lapan-Teras 64-bit dan memori RAM bina-dalam sebanyak 3GB, LEAGOO Shark 1 berupaya mempamer prestasi yang licin sekalipun ketika berlaku pensuisan di antara aplikasi atau pengendalian berbilang yang berat. Dilengkapi dengan memori ROM bina-dalam 16GB, dengan kebebasan untuk dinaiktaraf sehingga ke 128GB melalui kad SD Mikro, Shark 1 semestinya pilihan terbaik buat golongan penggemar tegar filem, muzik dan pemainan.LEAGOO Shark 1 Metal UniBody

Peranti berkuasa yang Padat dengan Ciri-ciri Istimewa

Dengan menggunakan dua sistem operasi iaitu Android Lollipop dan LEAGOO v1.2 terbaharu,  Shark 1 adalah padat dengan ciri-ciri trendy dan intuitif yang bertujuan membantu pengunanya untuk melakukan tugasan seharian mereka dengan mudah seperti UI (antara muka pengguna) yang direkabentuk semula, susun atur yang lebih kemas, ikon-ikon yang lebih menarik, mod pintar, mod mengoptimum bateri, gerak isyarat tweaking dan banyak lagi.

Generasi terkini Pengimbas Cap Jari 3.0 daripada LEAGOO menawarkan ketepatan pengimbasan yang lebih baik dan penambahbaikan terhadap kadar tindak balasnya. Ia kini berkemampuan untuk memberi respon  0.39 saat lebih pantas berbanding generasi terdahulu. Pengimbas tersebut juga dijadikan sebagai butang alternatif atau butang merakam gambar, melancar aplikasi kegemaran serta membuka kunci peranti.

Serlah Potensi Anda Sebagai Jurugambar

Rakam setiap detik bermakna dalam kehidupan anda dengan LEAGOO Shark 1 yang dilengkapi dengan Kamera Belakang Sony 13MP BSI-2. Ia juga datang dengan Denyar LED yang menjamin kualiti rakaman gambar sewaktu keadaan gelap, selain lensa f/2.0 dan pelbagai mod kamera lain untuk memperkaya pengalaman fotografi penggunanya.

Di depan pula terdapatnya kamera selfie 5MP selfie berserta Denyar LED Depan, sekaligus membenarkan penggunanya  merakam gambar berkualiti dengan tahap kejelasan yang tajam, kurang gangguan, jarak dinamik yang bagus dan warna yang memuaskan sekalipun dalam keadaan cahaya rendah. Pengalaman mengambil selfie juga dipertingkatkan dengan ciri terkini Beautification 4.0 di mana ratusan penapis dan opsyen sedia dipilih untuk mengemas dan mencantikkan gambar selfie yang di ambil.

Zul Ariffin diperkenal sebagai Jurucakap LEAGOO

LEAGOO ibarat ‘menghidupkan’ perwatakan jenama itu sendiri dengan pelantikan Zul Ariffin selaku duta produknya. Sebagai bintang yang kian menempah nama dalam industri hiburan tanah air, susuk tubuh sasa serta keversatilan yang dimiliki Zul adalah bertepatan untuk menggambarkan intipati LEAGOO Shark 1. Keperibadian beliau yang menarik juga adalah selari dengan falsafah LEAGOO yang menitikberatkan hubungan sesama manusia. Maka Zul akan dipertanggungjawabkan untuk mewakili jenama itu dalam usaha bergaul dan mendekati para pengguna tempatan.

“Saya berbesar hati untuk menjadi duta jenama sulung LEAGOO, dan menjadi sebahagian daripada perjalanannya ke arah mewujudkan satu ekosistem cerdas melalui teknologi. Karier saya sebagai pelakon telah membawa saya ke banyak tempat,  tidak kira untuk pengfileman mahupun aktiviti-aktiviti promosi. Jadi, Shark 1 tentunya teman hidup yang hebat untuk saya bersantai di samping tidak perlu bimbang mengenai hayat bateri kerana ianya mampu bertahan untuk berhari-hari lamannya sekalipun berada di kawasan yang tiada atau sukar mencari bekalan elektrik,” said Zul Ariffin.

Imej Zul akan kerap dipaparkan dalam setiap bahan promosi LEAGOO Shark 1 akan datang, selain beliau juga akan bekerjasama rapat dengan syarikat untuk merapatkan hubungan jenama dengan para pengguna melalui media sosial, majlis serta aktiviti-aktiviti lain – di mana kesemuanya adalah dilakukan demi merancakkan pasaran Malaysia.

Harga dan Lokasi Jualan

LEAGOO Shark 1 serba baharu kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM 999 di kedai flagship LEAGOO di Plaza Low Yat Plaza dan kesemua wakil penjual rasmi. Ia didatangkan dengan pilihan tiga warna  iaitu Emas Moden (Modern Gold), Hitam Elegan (Elegant Black) dan Perak Satin (Satin Silver).

Untuk maklumat lanjut mengenai LEAGOO Shark 1 dan peranti pintar LEAGOO yang lain, sila layari www.leagoo.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *