(SEMASA) Kenali dengan lebih dekat HONOR 5X

Spread the love

honor-5x-bakal-tiba-di-malaysia-no-nonsense-780x439Mula diperkenalkan sekitar awal bulan Januari 2016 di pasaran Malaysia telefon pintar kelas pertengahan ini mula mendapat perhatian setelah kali pertama diperkenalkan ketika pameran CES 2016 di Amerika Syarikat. Honor 5X dilengkapi dengan CPU Qualcomm Snapdragon 616, 8-teras berkelajuan sehingga 1.5GHz. Ia didatangkan dengan storan berkapasiti 2GB RAM dan 16GB storan dimana rekaannya dibina berasaskan logam dan mempunyai system pengimbas capjari yang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih premium kepada pengguna.

IMG20160517153752

IMG20160517154428Honor 5X menyediakan 3 slot kad terdiri daripada satu kad sim nano, satu kad sim mikro dan satu kad memori mikroSD. Kedua-dua slot kad sim ini menyokong rangkaian 4G LTE. Skrin honor 5X pula berdiameter 5.5-inci, dengan resolusi HD penuh 1920×1080.

IMG20160517154159Honor 5X mempunyai kamera dibahagian belakang yang mempunyai sensor 13MP F2.0, bersama lensa lebar 28mm dan satu LED Flash manakal kamera dibahagian hadapan pula 5MP (lampu flash dwi-tona) F2.4, menggunakan lensa lebar 22mm dengan saiz sensor sebesar 1.4 mikron.

Dilengkapi bateri berkapasiti 3,000mAh bersama dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Honor 5x dikatakan mampu bertahan lebih dari sehari untuk penggunaan biasa. Honor 5X menggunakan antaramuka EMUI 3.1, yang dijalankan di atas Android 5.1 Lollipop.

IMG20160517154042Antara kelebihan Utama Honor 5X antaranya ialah slot dual-SIM yang menyediakan satu slot untuk nano-SIM manakala satu lagi micro-SIM, ia sangat sesuai bagi mereka yang masih belum mempunyai nano-SIM.

Fungsi fingerprint scanner tidak mengambil masa yang lama untuk membuka peranti ini dan ia agak tepat. Pada masa yang sama, anda boleh setkan beberapa setting yang lain seperti untuk menjawab panggilan telefon, mengambil gambar dan lain-lain.

IMG20160517154321

IMG20160517154251Honor 5x hadir dengan amplifier tersendiri yang unik dan pintas, untuk menawarkan kualiti audio yang jauh lebih baik dan kuat berbanding telefon pintar lain. Honor 5x menggunakan speaker pada bahagian bawah, diamping ia turut dilengkapi denganearpiece yang boleh mengatasi masalah persekitaran yang bising ketika membuat panggilan.

imageSekitar bulan Mac 2016, Huawei India telah menguji ketahanan Honor 5x dengan meletakkanya pada satu kotak mercun yang mengandungi 1,000 das mercun. Selepas melalui ujian letupan tersebut, Honor 5X dilihat masih kekal dapat berfungsi, walaupun terdapat sedikit kecacatan pada skrin akibat letupan yang dilakukan. Kerangka belakangnya hanya memperlihatkan kesan letupan yang mana boleh dihilangkan dengan mengelapnya


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *