(SEMASA) Nestlé Memperkenalkan Nestlé Aiskrim TRADISI Potong Sirap Bandung & Coconut Gula Melaka Baharu

Spread the love

Photo 3KUALA LUMPUR, 18 Mei 2016 – Apakah maksud Tradisi bagi anda? Cuba imbau kembali kenangan masa kanak-kanak anda, memori apakah yang tidak mungkin anda lupakan. Selepas penat bermain seharian, sirap bandung menjadi pilihan untuk menghilangkan kehausan – ingat lagi? Ataupun anda paling merindui zaman meja penuh dengan kuih raya mak?

Photo 2 (1)Pengalaman menikmati keenakan makanan tempatan adalah antara kenangan manis yang ada dalam hati kita. Selaras dengan itu, Nestlé Aiskrim TRADISI dengan slogan ‘Ukir Senyuman dengan Sepotong Kenangan’ ingin mengembalikan semula tradisi yang memberikan detik manis bersama keluarga.

Kenangan yang dikongsi bersama mampu mengeratkan hubungan dengan orang yang tersayang kerana ia mengingatkan kita kepada rasa, pengalaman dan tradisi yang pernah dialami  bersama. Kini anda boleh menikmati Nestlé Aiskrim TRADISI Potong Sirap Bandung & Coconut Gula Melaka bersama keluarga tersayang.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita amat menggemari minuman dan makanan tempatan. Minuman seperti Sirap Bandung dan makanan seperti Kuih Santan Gula Melaka sememangnya sentiasa dekat di hati kita. Inilah sumber ilham kepada aiskrim ini, dan kini kami memperkenalkan dua perisa unik kegemaran rakyat Malaysia ke dalam rangkaian aiskrim potong kami, yang pastinya akan mengimbas semula kenangan manis zaman dahulu.” kata Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Yit Woon Lai.

Photo 5“Bagi kami, aiskrim potong bukanlah sesuatu yang baharu namun kami percaya ia mengingatkan kita kepada zaman ketika kita masih kanak-kanak dahulu. Bunyi loceng yang dibunyikan oleh pakcik aiskrim masih terngiang ngiang di telinga kita dan kami berharap agar Nestlé Aiskrim TRADISI boleh mengembalikan semula kenangan itu, terutamanya dengan perisa yang amat digemari oleh rakyat Malaysia,” tambah Yit.

Nestlé Aiskrim TRADISI kini boleh didapati di pasaraya di seluruh negara dan setiap pek mengandungi 8 stik pada harga berpatutan RM7.90. Ia boleh didapati dalam 3 perisa iaitu Sirap Bandung, Gula Melaka atau Kacang Merah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nestlé TRADISI Potong, sila layari laman web www.nestle.com.my/brands/ice_cream/nestle_tradisi


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *