(SEMASA) KFC RAIKAN HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Spread the love

Pic4small

Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia ke-57 tahun ini lebih bermakna buat sejumlah kanak-kanak kurang bernasib baik dari tiga buah rumah kebajikan apabila KFC Malaysia meraikan sambil bersama-sama berkongsi kasih sayang, harmoni, serta semangat patriotik.

Majlis penuh kegembiraan dan warna-warni itu telah dianjurkan selama tiga hari berturut-turut bermula pada 11 ​​hingga 13 September 2014. Lawatan ini adalah selari dengan tanggungjawab sosial korporat KFC Malaysia dan juga bagi memenuhi komitmen mereka kepada projek-projek kebajikan masyarakat setempat.

Antara rumah-rumah kebajikan yang dilawati ialah Rumah Anak Kesayanganku di Bandar Bukit Beruntung, Selangor, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Seremban di Taman Bidara, Negeri Sembilan, dan Rumah Sayangan di Taman Billion, Cheras, Selangor.

Pada hari sambutan diadakan, ruang legar di ketiga-tiga buah rumah ini diceriakan lagi dengan hiasan-hiasan berunsur patriotism seperti bendera kebangsaan dan juga belon yang berwarna warni oleh staf dari pihak KFC. Suasana riang dan ceria dirasai apabila mereka bergelak ketawa bersama Awang si badut lucu yang sungguh menghiburkan.

Kanak-kanak tersebut juga turut dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, nyanyian serta tarian sebelum menjamu selera dengan ayam goreng KFC, nugget ayam dan juga hidangan sampingan yang lain bersama penjaga mereka. Selain ayam goreng KFC, mereka juga dihidangkan dengan kek coklat lazat dengan corak bendera Malaysia.

“Kami berasa amat terharu dengan usaha pihak KFC untuk meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama dengan kanak-kanak ini. Mereka semua sungguh teruja apabila saya memberitahu mereka bahawa pihak KFC akan datang menyambut Merdeka bersama mereka,!,” kata Nurul Baiti, penjaga di Rumah Anak Kesayanganku.

“Hari ini merupakan hari yang sungguh istimewa buat kanak-kanak ini. KFC telah menunjukkan kepada mereka erti kemerdekaan yang sebenar dengan kehadiran mereka pada hari ini untuk berkongsi semangat patriotik dan juga erti kebersamaan,” kata Saraswathy A/P Howdiar, penjaga di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Seremban.

“Hati saya berasa terharu bila melihat senyuman di wajah kanak-kanak ini, mereka begitu terhibur dengan aktiviti yang diadakan dan sungguh gembira kerana berpeluang untuk menikmati ayam goreng KFC yang selalu mereka idamkan. Tetapi yang paling penting ialah pendedahan tentang kemerdekaan dan semangat patriotik yang dikongsi bersama oleh pihak KFC. Ia adalah satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh kanak-kanak ini,” kata Susan Looi, penjaga di Rumah Sayangan.

Selain daripada terhibur dengan aksi-aksi Awang Badut, kanak-kanak ini  juga digembirakan lagi dengan cenderahati dari KFC berupa sebuah beg sekolah khas, buku nota dan juga alat-alat permainan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *