(HIBURAN) Apakah pengakhiran ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’…

Spread the love

IMG-20160427-WA013Filem edaran Primeworks Distribution yang dinantikan, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) telah mengadakan malam tayangan gala di eCurve pada 26 April 2016 yang lepas. Kehadiran pelakon-pelakon utama AADC2 iaitu Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo, Titi Kamal, Sissy Prescillia dan Adinia Wirasti serta pengarah filem dan produser filem tersebut iaitu Riri Riza dan Mira Lesmana disambut meriah.
IMG-20160427-WA014Penyanyi lagu tema filem AADC2, “Ratusan Purnama” iaitu Melly Goeslaw juga hadir bersama dengan komposer lagu tersebut, Anto Hoed bagi meraikan file mini. Barisan pelakon dan penyanyi lagu tema AADC2 turut diiringi penaja Haval, pengeluar SUV terbesar di China.

IMG_4955cropAADC2 diarahkan Riri Riza adalah kesinambungan daripada filem percintaan kegemaran sepanjang zaman di Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta ? (AADC), yang diterbitkan sekitar tahun 2002. Untuk kali ini, AADC2 meyingkap kisah Cinta dan Rangga yang bertemukembali setelah 14 tahun terpisah. Adakah pertemuan ini akan menyemarakkan cinta yang pernah mereka rasai terhadap satu sama lain ? Wujudkah peluang kedua buat mereka ?

IMG_5071Saksikan AADC2 di pawangan bermula 28 April 2016 ini.

AADC (39 of 263)-tile


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *