(SEMASA)  ‘LETUP’KAN SUASANA HUJUNG TAHUN BERSAMA KEHANGATAN CILI

Spread the love

Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili, sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun, istimewa buat penggemar makanan pedas.

Dalam usaha bagi membawakan inovasi dan pengalaman jenama Pizza Hut yang unik dan tersendiri untuk dinikmati pelanggan pada setiap detik, Black Volcano Pizza kini tampil dengan pilihan yang lebih pedas bersama Cili – bagi menghangatkan lagi kemeriahan sambutan hujung tahun ini!

Black Volcano Pizza yang dilancarkan pada Oktober lalu telah mendapat perhatian ramai kerana menampilkan konsep unik bersama limpahan lava berkeju, ketulan ayam rangup di atas kerak piza berwarna hitam.

Sambutan yang memberangsangkan ini semakin diperhebat dengan Black Volcano Pizza bersama Cili, yang bakal memenuhi citarasa mereka yang menginginkan kelainan di meja makan.

“Hujung tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk berkumpul, mengadakan sambutan serta meluangkan masa bersama teman, keluarga dan rakan sepejabat, setelah memberikan yang terbaik sepanjang tahun. Detik sebegini amat sesuai diraikan di dalam suasana yang menyeronokkan sambil berkongsi hidangan enak bersama mereka yang terdekat. Kami percaya bahawa jalinan yang erat bermula di meja makan.   Kami berharap pilihan terbaharu ini akan menghidupkan lagi suasana hujung tahun dan memberikan anda pengalaman yang lebih ‘letup’ lagi!” kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

“Masyarakat Malaysia amat menggemari makanan pedas, jadi kami bawakan pilihan terbaharu ini khas buat mereka. Olahan terbaharu ini bakal menepati citarasa anda bersama lapisan keju dan kehangatan daripada ramuan cili. Piza yang mengambil tema seakan-akan gunung berapi ini dicipta bagi menarik minat dan mewujudkan keterujaan ketika di meja makan, sekaligus mengeratkan hubungan dan menjadikan sambutan akhir tahun anda lebih ‘wooo!’” tambah beliau.

Ciptaan ini membawakan elemen dramatik dengan rekaan seakan-akan gunung berapi yang meletus. Pelanggan akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza bersama Cili dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup dan kepedasan cili.

Piza Black Volcano bersama Cili boleh didapati untuk masa terhad sahaja, bermula hari ini hingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada, di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara.

Raikan penghujung tahun anda dengan Black Volcano Pizza bersama Cili daripada RM44.50 à la carte. Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantaran, bawa pulang atau makan di restoran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *