(SEMASA) MAGNUM PINK DAN MAGNUM BLACK AISKRIM BERLAINAN UNTUK DETIK ISTIMEWA

Spread the love

mag 1KUALA LUMPUR, 3 MAC 2016 – Apabila kita berfikir tentang definisi nikmat, semestinya bayangan aiskrim premium MAGNUM akan terlintas di fikiran. Dikenali di serata dunia sebagai jenama aiskrim coklat premium yang lazat dan penuh kemewahan rasa, MAGNUM telah membuktikan bahawa ia bukanlah sekadar jenama yang dikenali melalui kualiti produknya, malah ia turut terkenal dengan barisan aiskrim pelbagai perisa yang membangkitkan keterujaan emosi anda.

Mood mencerminkan personaliti seseorang pada setiap hari; dan sering kali perasaan yang kita alami boleh dihuraikan melalui warna. Sebagai contoh, warna merah jambu melambangkan kegembiraan dan spontan. Warna hitam pula menyerlahkan keanggunan, gaya dan kemodenan.  Menggayakan warna merah jambu ataupun hitam, ianya dapat menggambarkan mood seseorang, dan kini aiskrim variasi terbaru dari MAGNUM, iaitu aiskrim MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK juga dapat mengekspresikan perasaan anda 

Sebuah kelahiran terbaru dari MAGNUM yang bakal memenangi hati setiap Pleasure Seeker, MAGNUM PINK mengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia memenuhi setiap inci aiskrim premium ini. Bukan itu sahaja, rasa Buah Delima yang membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.

MAGNUM BLACK pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.mag 2

MAGNUM PINK & BLACK baru ini dibuat khas untuk mencerminkan personaliti konsumer yang berbeza,” jelas Encik Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar & Laos. “Dari rasa hingga ke warna, setiap ciri yang terdapat pada aiskrim ini telah dicipta dengan teliti bagi menepati setiap personaliti konsumer yang berbeza supaya para Pleasure Seekers dapat menikmati aiskrim kegemaran mereka, bergantung kepada perasaan mereka pada ketika itu.”

“Nikmat kemewahan ialah intipati kepada kempen kami kerana ia melambangkan MAGNUM dan amat bersesuaian untuk dijadikan perantara untuk memperkenalkan dua aiskrim terbaru ini yang sesuai dinikmati pada momen yang berbeza,” tambah Encik Rakesh Mohan.

Bertempat di Aloft Kuala Lumpur, kedua-dua aiskrim telah dilancarkan dalam sebuah majlis bertema hitam dan merah jambu yang penuh dengan gaya. Mood merupakan tema utama pada hari itu, bermula dari pintu masuk ke ruang acara sehinggalah kepada dekorasi majlis. Majlis pelancaran dimulai dengan para tetamu disambut mesra dan dipakaikan tag sensor di pergelangan tangan mereka. Para undangan dapat mengakses empat stesen Pink & Black serta memilih warna yang sesuai untuk mewakili mood mereka pada hari itu melalui tag yang dipakai. Kesemua mood ini akan direkod dan dipamerkan pada paparan skrin MAGNUM, sekaligus memberikan laporan secara langsung kepada para hadirin berkenaan mood MAGNUM pada malam tersebut.

Bermula dengan ujian interaktif yang terletak di kiosk MAGNUM MOODOLOGY, setiap tetamu mengambil bahagian untuk menentukan samada mereka tergolong dalam rona merah jambu atau hitam. Apabila para tetamu melangkah masuk ke dalam ruang acara, mereka dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan mood seperti MAGNUM PINK & BLACK PLEASURE BAR yang menyediakan aneka pemanis mulut dan minuman yang diinspirasi daripada kedua-dua aiskrim terbaru itu. Selain itu, sebuah stesen MAKE MY MAGNUM turut diadakan bagi tetamu yang berminat untuk mencipta sendiri hiasan MAGNUM PINK & BLACK menggunakan topping eksklusif berwarna merah jambu dan hitam. Para undangan juga turut berpeluang mengambil gambar mereka di photobooth MAGNUM MOMENT.

Acara pada petang itu dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Nadia Heng diikuti dengan kata aluan oleh Encik Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar & Laos.

“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para konsumer dengan inovasi yang berterusan. Kenikmatan dan kemewahan sememangnya tiada batasan, begitu juga dengan aiskrim Magnum. Kami berasa amat bertuah kerana mempunyai pengguna dan peminat setia dan kami tidak akan berhenti dari memanjakan mereka dengan lebih kenikmatan dalam bentuk yang unik dan serba baru,” kata Encik Rakesh Mohan.

mag 3Para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian video mapping yang dinamik, memaparkan mood PINK dan BLACK dalam bentuk gerakan, tempo dan pencahayaan khas, sebelum memulakan pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK. Disamping menikmati keenakan kedua-dua perisa baru yang unik, para tetamu juga disajikan dengan pelbagai hiburan, bermula dengan persembahan medley yang mencerminkan elemen-elemen mood warna PINK dan BLACK oleh penggesek biola terkenal Dennis Lau.

Bagi menutup tirai acara pelancaran pada malam itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari penyanyi sensasi tanah air Ning Baizura. Beliau menyanyikan sebuah medley dengan rentak yang diinspirasikan dari mood warna PINK & BLACK. Sebagai tanda kenangan, para tetamu pulang dengan cenderahati istimewa yang dipadankan dengan mood yang tertera pada tag di pergelangan tangan mereka,

Dengan pelancaran MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK, reputasi MAGNUM sebagai jenama ais krim dan coklat premium di dunia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, justeru menjadi satu pencapaian yang membanggakan dalam sejarah jenama MAGNUM. Pelbagai promosi dan roadshow bakal dijalankan untuk memperkenalkan kedua-dua variasi aiskrim ini kepada Pleasure Seekers di serata pelusuk Malaysia.

MAGNUM PINK & MAGNUM BLACK kini boleh didapati di semua peruncit utama dan pasar raya terkemuka pada harga RM4.50 setiap satu dan pek pelbagai tiga setiap rasa pada RM13.50 setiap pek. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MAGNUM PINK and MAGNUM BLACK dan warna mood  MAGNUM anda di saat ini, lawati www.MagnumPinkandBlack.com.my. Untuk maklumat terkini tentang MAGNUM, sila lawati laman Facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia dan laman Instagram di https://www.instagram.com/Magnum_My


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *