(SEMASA) ORANGE BLOOD BACK ON TRACK : KTM MALAYSIA KEMBALI DENGAN DOMINASI DUA DUNIA

Spread the love

Rawang, 9 Mei 2026 — KTM Malaysia membuat kemunculan semula yang paling dinanti-nantikan menerusi pelancaran empat model baharu merentasi segmen Adventure, Dual-Sport dan Supermoto, menyertai KTM 390 DUKE dalam generasi baharu siri KTM 390. Buat pertama kalinya dalam rangkaian KTM 390cc, siri ini memfokuskan terhadap dwi-kegunaan yang menggabungkan keupayaan di jalan raya dan prestasi off-road dalam satu jentera.

Model & Harga Rasmi

  • KTM 390 Adventure R: RM 33,300*
  • KTM 390 Adventure X: RM 29,300*
  • KTM 390 Enduro R: RM 27,300*
  • KTM 390 SMC R: RM 27,300*
  • KTM 390 DUKE: BSP. RM30,300* (dijadualkan tiba pada suku tahun keempat (Q4) 2026)

*Harga Jualan (BSP) termasuk Quickshifter+ Percuma dan Waranti 4 Tahun.

Membawa tema ‘≠1 Two Worlds, Zero Excuses’, siri KTM 390 ini menawarkan pengalaman tunggangan yang mengujakan untuk penunggang di semua tahap. Keempat-empat model hadir dengan DNA ‘READY TO RACE’ serta nisbah kuasa-ke-berat terbaik dalam kelasnya bersesuaian dengan pelbagai permukaan dan gaya tunggangan di Malaysia.

Siri baharu ini direka dengan kebolehsuaian menyeluruh. KTM 390 Adventure R dan KTM 390 Enduro R menumpukan lebih kepada keupayaan off-road di samping kemampuan praktikal di jalan raya, menjadikannya pilihan ideal bagi penunggang yang mengutamakan laluan lasak dan mencabar. KTM 390 Adventure X pula direka untuk keselesaan tunggangan di jalan raya dan touring, di samping keupayaan offroad ringan. Sementara itu, KTM 390 SMC R menawarkan pengalaman supermoto yang autentik di litar dan jalan raya dengan kelincahan agresif dan prestasi berkelajuan tinggi.

“Kami kini kembali. Pelancaran ini menandakan langkah progresif bagi KTM Malaysia dalam memenuhi permintaan yang meningkat untuk tunggangan harian, touring, supermoto dan pengembaraan off-road. Penunggang hari ini mempunyai jangkaan yang berbeza-beza, dan siri baharu KTM 390 ini memenuhi setiap keperluan tersebut. Siri ini turut memperkukuh komitmen kami dalam menawarkan jentera ringan berprestasi tinggi dengan keupayaan versatil,” kata Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Nasional KTM Malaysia. 

Ringkasan Model

Siri KTM 390 dibangunkan di atas platform yang sama menerusi enjin LC4c 398.7 cm³ serba baharu dan casis steel trellis khas KTM. Setiap model menawarkan kuasa konsisten 45 PS dan tork 39 Nm melalui transmisi 6kelajuan. Dengan selang servis yang dilanjutkan kepada 10,000 km untuk keempat-empat model, pemilik dapat menikmati pengurangan kekerapan penyelenggaraan serta kos pemilikan jangka panjang yang lebih rendah.

  • KTM 390 ADVENTURE R

Dengan reka bentuk berinspirasikan rally, KTM 390 Adventure R merupakan jentera paling berkeupayaan off-road dalam segmennya. Model ini menampilkan paparan TFT 5-inci resolusi tinggi untuk akses mudah kepada sistem elektronik, termasuk tiga Mod Tunggangan (Street, Off-Road dan Rain) untuk kawalan lancar di pelbagai jenis permukaan. KTM 390 Adventure R turut dilengkapi rallystyle windshield untuk keselesaan tambahan dan perlindungan daripada angin serta cuaca mencabar.

  • KTM 390 ADVENTURE X

KTM 390 Adventure X hadir sebagai entry-point baharu dalam segmen kembara KTM. Jentera serba boleh ini menawarkan pengendalian mudah dengan keyakinan off-road ringan. Dengan ketinggian tempat duduk 825 mm dan ciri Offroad ABS, KTM 390 Adventure X menjanjikan kawalan dan tahap keselamatan yang dipertingkatkan. Dilengkapi dengan tangki berkapasiti 14 liter, model ini sesuai untuk pengembaraan hujung minggu atau penerokaan laluan gravel bagi pemula off-road.

  • KTM 390 ENDURO R

Mengambil inspirasi daripada KTM 690 Enduro R, model ini merupakan varian Enduro R dengan sesaran terkecil dalam barisan dual-sport KTM. Dengan berat kering ultra-ringan 159 kg, ia menawarkan fleksibiliti unggul untuk prestasi di laluan mencabar dan di jalan raya. Dilengkapi spoke wheels 21-inci/18-inci yang tahan lasak, model ini direka khusus untuk menyerap impak tinggi sambil memberikan cengkaman maksimum di pelbagai jenis permukaan. KTM 390 Enduro R turut menampilkan ciri ergonomik yang membolehkan peralihan lancar antara tunggangan off-road agresif dan penggunaan harian di bandar.

  • KTM 390 SMC R

Sebagai supermoto sesaran rendah pertama dalam barisan KTM, KTM 390 SMC R merupakan entrypoint baharu dalam segmen ini di samping KTM 690 SMC R. Model ini dilengkapi paparan TFT 4.2inci resolusi tinggi dan dua Mod Tunggangan (Street dan Sport)  untuk pengendalian responsif di kawasan bandar dan tunggangan berprestasi tinggi. Bagi kawalan maksimum, KTM 390 SMC R turut menampilkan ciri Supermoto ABS yang membolehkan penunggang melakukan slide ketika mengambil selekoh dengan lebih yakin sambil mengekalkan kestabilan bahagian hadapan.

Spesifikasi

MODEL CIRI-CIRI 
ENJIN & PRESTASI 

(Semua empat model)

• •

Sesaran 398.7 cm³

Enjin LC4c 1-silinder, 4-lejang 45 PS / 39 Nm

Transmisi 6-kelajuan
KTM 390  ADVENTURE R

Reka bentuk berinspirasikan rally Paparan TFT 5-inci
  Enjin LC4c dengan kuasa dan pecutan dipertingkat
Fork WP APEX Open Cartridge 43 mm dengan jarak travel 230 mm
Penyerap hentak belakang WP APEX Separate Piston
Motorcycle Traction Control (MTC) dengan teknologi Cornering
Cornering ABS & Offroad ABS
Servis pertama pada 1,000 km dan seterusnya setiap 10,000 km
KTM 390  ADVENTURE X • • Reka bentuk berinspirasikan rally Paparan LCD 5-inci
  Enjin LC4c dengan kuasa dan pecutan dipertingkat
Ketinggian tempat duduk rendah pada 825 mm
Suspensi WP APEX
Penyerap hentak WP APEX Emulsion
Offroad ABS
Servis pertama pada 1,000 km dan seterusnya setiap 10,000 km
KTM 390  ENDURO R

Paparan TFT H42 4.2-inci

Enjin LC4c dengan kuasa dan pecutan dipertingkat

  Berat kering ultra-ringan 159 kg
Modulator Bosch 10.3MB dengan Standard ABS & Optional OFFROAD ABS
Suspensi, Brek, Tuil Klac dan Footrest boleh laras
Fork WP APEX Open Cartridge 43 mm dengan jarak travel 230 mm
Penyerap hentak belakang WP APEX Separate Piston
Cakera brek 240 mm dan angkup brek belakang piston tunggal
Servis pertama pada 1,000 km dan seterusnya setiap 10,000 km
KTM 390                 SMC R • • Paparan TFT 4.2-inci

Enjin LC4c dengan kuasa dan pecutan dipertingkat

Modulator Bosch 10.3MB dengan Standard ABS & Optional Supermoto ABS
Fork hadapan WP APEX Open Cartridge 43 mm dengan jarak travel 230 mm
Penyerap hentak belakang WP APEX Separate Piston
Cakera Brek Radial 320 mm dengan Angkup Brek hadapan Bybre
Cakera brek 240 mm dengan angkup brek radial piston tunggal
Servis pertama pada 1,000 km dan seterusnya setiap 10,000 km

Warna Baharu KTM 390 DUKE

KTM Malaysia turut mengumumkan ketibaan warna baharu bagi KTM 390 DUKE. Kemas kini dijangka akan memperkenalkan ekspresi yang lebih agresif untuk model naked tersebut yang dijadualkan tiba di pasaran seluruh negara pada suku tahun keempat (Q4) 2026.

Eurotech Road Tour

Susulan pelancaran ini, KTM Malaysia akan menerajui Eurotech Road Tour, membawakan siri baharu 390 kepada peminat di seluruh negara. Jelajah pelbagai jenama ini turut menampilkan penyertaan ZONTES, GRACSHAW, MOTOREX dan BikeEmpire96, sekali gus menawarkan pengalaman menyeluruh kepada orang ramai menerusi sesi pandu uji dan pameran produk di lokasi-lokasi utama berikut:

ZON TARIKH & TEMPAT 
TENGAH 14-17 Mei 2026

MyTOWN Shopping Centre, KL

UTARA 22-24 Mei 2026

Auto-City, Penang

PANTAI TIMUR 11-13 Jun 2026

KTCC Mall, Terengganu

SELATAN 19-21 Jun 2026

Toppen Shopping Centre, Johor

Untuk maklumat lanjut mengenai siri baharu KTM 390, sila hubungi pengedar sah KTM di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Semua pengedar sah KTM di Malaysia telah menjalani latihan khusus oleh KTM serta memiliki pensijilan antarabangsa yang dikeluarkan oleh KTM Austria, bagi memastikan pelanggan menerima servis daripada mekanik bertauliah dan profesional.

Untuk mencari pengedar sah KTM berdekatan anda, sila layari:

https://www.ktmmalaysia.com/discoverourdealers/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *