(SEMASA) PEDIGREE® MEMBERI 61,000 HIDANGAN MAKANAN UNTUK ANJING TERBIAR & DI PUSAT PENJAGAAN

Spread the love

Kuala Lumpur, 22 April 2022 – Tiada siapa yang benar-benar dapat menyelami betapa sukarnya kehidupan haiwan terbiar, dan pencinta haiwan yang baik hati sangat teruja untuk memberi sokongan kepada anjing-anjing kelaparan ini melalui inisiatif “Feed a friend. Fill the bowl” PEDIGREE®. Gandingan usaha mereka telah membantu menyediakan kira-kira 61,000 hidangan makanan berkhasiat untuk menyokong kerja mulia Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR), sebuah organisasi tidak berkeuntungan yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan.

“Makan adalah perkara yang asas, tetapi banyak anjing terbiar yang kelaparan, dan kumpulan seperti Pertubuhan Sukarelawan Penyelamat Haiwan (MIAR) berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyediakan makanan untuk anjing di bawah jagaan mereka. Kami ingin memberi mereka makanan yang terbaik dan bernutrisi, dan sangat berbesar hati dengan sikap dermawan ramai rakyat Malaysia yang membolehkan kami membantu menjayakan misi MIAR untuk menjaga anjing yang masih menunggu giliran dijadikan haiwan peliharaan. Pada masa sama, kami juga dapat memenuhi matlamat kami untuk mewujudkan Dunia Yang Lebih Baik Buat Haiwan Peliharaan,” kata Wee Li Ying, Pengurus Besar, Mars Pet Nutrition Malaysia.

Bahkan ketika ramai pemilik haiwan peliharaan memanjakan dan melimpahkan kasih sayang kepada anjing mereka sendiri, organisasi dan pusat perlindungan haiwan memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang ramai.

“Rakyat Malaysia sangat prihatin dan kami amat berterima kasih atas semua sokongan daripada orang ramai serta PEDIGREE® yang membolehkan kami menyediakan keperluan asas untuk haiwan-haiwan di pusat perlindungan kami,” kata Puspa Rani, Presiden MIAR. “Pada masa yang sama, ini adalah usaha yang berterusan dan kami mengalu-alukan sebarang bantuan, sama ada dalam bentuk tenaga sukarela, sumbangan wang tunai dan bekalan seperti makanan atau peralatan pembersihan, selain menjadikan haiwan ini sebagai ahli keluarga baharu supaya anak-anak comel ini mempunyai kediaman yang selesa.”

Sila lawati www.facebook.com/MIARRescue/ bagi mendapatkan maklumat mengenai pengambilan haiwan untuk dijadikan peliharaan atau cara lain bagi membantu mewujudkan dunia yang lebih baik buat haiwan peliharaan, sesuai dengan cogankata #ABetterWorldForPets.

Ikuti laman Facebook laman Facebook PEDIGREE® Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan aktiviti akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *