(SEMASA) PELANGGAN GIANT “BAYAR TANPA TUNAI” PANDU PULANG PROTON EXORA

Spread the love

????????????????????????????????????

Suasana di ruang legar Giant USJ pagi ini gamat dengan sorakan dan tepukan gemuruh para hadirin apabila 10 pemenang bertuah telah menerima hadiah-hadiah mereka termasuk sebuah Proton Exora 1.6 standard, yang telah dimenangi menerusi peraduan membeli-belah “Giant Go Cashless”.

????????????????????????????????????

Turut hadir di majlis penyampaian hadiah itu, Ms Norine Majaman, Pengurus Besar, Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya Giant di Malaysia; dan Peter Schiesser, Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).

Pertandingan Go Cashless itu merupakan salah satu usaha berterusan GCH Retail untuk menggalakkan para pengguna, terutamanya yang membeli-belah di Giant, untuk membayar menggunakan kad ATM atau kad debit. Ia diadakan dengan kerjasama MyClear bagi menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan transaksi tanpa tunai satu cara hidup di Malaysia.

Berucap di majlis penyampaian hadiah tersebut, Norine berkata: “Kami amat gembira dengan sambutan yang diterima di mana lebih 73,000 penyertaan telah diterima untuk peraduan kali yang telah berlangsung selama lapan minggu itu. Jumlah itu hampir dua kali ganda melebihi jumlah penyertaan untuk peraduan selama 13 minggu tahun lepas.

“Hasilnya sangat menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa pelanggan telah bersedia untuk menjadikan e-debit dan transaksi tanpa tunai satu cara hidup.” Peter Schiesser, Pengarah Urusan MyClear, berkata dalam ucapan beliau: “Kami sangat gembira dengan kerjasama ini. Kami lihat lebih ramai pelanggan memilih kaedah e-debit untuk membuat bayaran dan trend ini semakin diterima ramai.”

Giant merupakan rangkaian pasar raya besar pertama yang menawarkan kemudahan membeli-belah dengan kad ATM kepada pelanggan mereka di semua cawangan Giant di seluruh negara. Selain daripada menghapuskan risiko dan kos daripada pengendalian wang tunai, urus niaga e-debit juga mengurangkan kos perniagaan, kerana kadar diskaun peniaga untuk kad ATM/debit adalah sekurang-kurangnya 40 peratus lebih rendah daripada kad debit dan kad kredit berjenama antarabangsa. Untuk pelanggan pula, e-debit memberikan mereka satu lagi pilihan cara yang
mudah dan selamat untuk membayar ketika membeli-belah.

Kad ATM yang dikeluarkan oleh 15 buah bank – Affin Bank, Alliance Bank, Agro Bank, AmBank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Kuwait Finance House, Maybank, OCBC, Public Bank, UOB Bank dan RHB Bank, telah diterima untuk peraduan itu.

Pemenang pertandingan adalah seperti berikut:
• Naziah Binti Mohd Yusuff telah membawa pulang Hadiah Utama berupa Proton Exora
1.6 Standard bernilai RM56,500;
• Henery Anak Sigan telah memenangi hadiah pertama berupa baucer Air Asia Travel
bernilai RM8,000.00;
• Samehah Binti Wan Abdullah membawa pulang hadiah kedua berupa baucer Air Asia
Travel bernilai RM5,000.00;
• Anwar Ul Haque telah memenangi hadiah ketiga berupa baucer Air Asia Travel bernilai
RM3,000.00.

Enam pemenang lain masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa baucar Air Asia Travel bernilai RM1,000. Mereka adalah Teh Fatihah Binti Hassan, Che Rosli Bin Che Othman, Mohd Arif Fadzli Bin Ibrahim, Faizzah Binti Mohtar, Jaliyah Binti Jalil dan Mohd Ilyas Bin Mohd Yamin.

Untuk maklumat lanjut, layari www.giant.com.my atau ikuti @GiantMalaysia di Facebook.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *