(SEMASA) #SkuadKebaikanMILO menzahirkan tenaga komuniti meraikan Hari Raya Aidilfitri – 430 unit #ParcelKebaikan MILO® disumbangkan kepada tujuh pertubuhan kebajikan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Dari Selayang ke Kuching, komuniti yang memerlukan di seluruh tanah air telah menyambut kedatangan Syawal baru-baru ini dengan titipan #ParcelKebaikan (pek bantuan makanan), ehsan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi #SkuadKebaikanMILO sempena bulan Ramadan yang lalu.

#SkuadKebaikanMILO yang merupakan platform kutipan sumbangan dalam talian yang ditubuhkan oleh MILO® dengan kerjasama Shopee kembali buat tahun kedua pada awal April lalu untuk terus berkongsi kebaikan dan membantu komuniti yang memerlukan supaya kekal bertenaga dengan kebaikan khasiat MILO® pada masa yang mencabar ini.

Menyatukan komuniti dalam talian untuk beramal, #SkuadKebaikanMILO menyediakan cara yang selamat lagi mudah bagi rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan dengan membeli salah satu daripada empat pek ‘bundle’ #ParcelKebaikan yang mengandungi kebaikan MILO® serta produk-produk Nestlé lain yang bernilai antara RM25 dan RM155.

Menerusi kempen ini yang berakhir pada 17 Mei 2021 lalu, sejumlah 430 unit #ParcelKebaikan telah dijual yang mana kesemuanya disumbangkan secara sama rata kepada tujuh pertubuhan kebajikan – Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation dan Yayasan Pesona, serta keluarga-keluarga B40 terpilih di Selangor menerusi kerjasama dengan ASTRO.

Selain #ParcelKebaikan, bagi pembelian setiap unit produk MILO® yang terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestlé di Shopee Malaysia, RM1 berupa produk Nestlé yang terpilih turut disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama sepanjang tempoh kempen.

Hasil penjualan #ParcelKebaikan serta sumbangan yang dipadankan tersebut telah mencapai nilai sumbangan produk Nestlé berjumlah RM120,000.

Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sumbangan mereka menerusi #SkuadKebaikanMILO demi membantu komuniti menzahirkan tenaga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna. “Walaupun terpaksa berjauhan antara satu sama lain, rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa kebaikan akan sentiasa menyatukan kita semua. Setinggi-tinggi penghargaan khas juga diucapkan kepada Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil atas kerjasama yang terjalin di mana beliau telah berkongsi platform peribadinya bagi menyebarkan kebaikan dan membantu memastikan kebaikan itu disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan #ParcelKebaikan dapat meringankan beban komuniti dan membekalkan mereka dengan kebaikan khasiat untuk menzahirkan tenaga harian, di samping menyemarakkan lagi semangat perayaan yang amat diperlukan pada ketika ini.”

Pak Nil kembali memberikan sokongan kepada #SkuadKebaikanMILO untuk tahun kedua setelah menyaksikan sendiri impak positif inisiatif itu ke atas komuniti. “Mungkin ramai yang tidak sedar, keperluan harian seperti MILO® sebenarnya dapat membawakan keceriaan. Sekecil manapun sumbangan, sungguh besar nilainya kepada komuniti kita. Kadang-kadang, itu sahaja permintaan mereka. Bersama #SkuadKebaikanMILO, saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini pada masa yang mencabar ini.”

Sementara itu di Kuching, #ParcelKebaikan akan dimanfaatkan khususnya oleh komuniti di kawasan-kawasan paling terkesan akibat COVID-19 menerusi Kuching Food Aid, organisasi yang berperanan mengumpulkan dana bagi bantuan makanan untuk masyarakat tempatan yang miskin dan terpinggir di sana. “Setiap kali kami mengedarkan bantuan makanan kepada penerima bantuan, satu-satunya sumbangan yang pasti menceriakan mereka ialah MILO®️. Bagi rakyat Sarawak, sebungkus pek MILO®️ merupakan satu detik kegembiraan. Justeru, kebaikan yang dibawakan oleh #SkuadKebaikanMILO sangat penting untuk memastikan komuniti di sini mendapat bekalan makanan dan khasiat yang mencukupi,” ulas wakilnya, Shentel Lee.

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan tenaga MILO®, layari www.milo.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *