(SEMASA) PIZA AWESOME LOADED DARI PIZZA HUT, HANYA RM6.90!

Spread the love

PIC 1

KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2016 – Para penggemar piza kini boleh menikmati enam jenis pan piza TERBARU saiz personal, menampilkan inti lazat yang lebih padat pada harga hanya RM6.90 setiap satu untuk pesanan bawa pulang! Inti Awesome Loaded ini juga boleh didapati bagi makan di restoran dan melalui khidmat penghantaran. Promosi hebat ini bermula pada 4 Januari 2016 dan boleh didapati di kesemua 378 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia.

PIC 3

Dengan slogan “Inti Padat. Nilai Hebat”, pelanggan boleh memilih salah satu dari enam inti baru iaitu Tropical Crab, Hawaiian Sensation, Island Chicken, Chicken Overload, Blazing Chicken dan Syok Sambal.

Pelanggan yang memilih untuk makan di restoran, Pizza Hut menawarkan ‘Awesome Meal’ pada harga serendah RM10.90 untuk seorang. Tawaran ini termasuk satu pizza Awesome, satu hidangan sampingan  dan minuman.

Pelanggan yang memilih khidmat penghantaran, Pizza Hut menampilkan ‘Awesome Combo’ untuk 2 & 3 piza Awesome bersaiz sederhana pada harga RM29.90 & RM39.90.

PIC 2

“Promosi Awesome Loaded menampilkan piza-piza yang padat dengan inti yang lazat. Kami yakin promosi ini bakal memberikan pelanggan kepuasan makan yang maksima pada nilai yang amat berpatutan,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Piza-piza terbaru ini penuh dengan keenakan rasa terutama dari segi intinya, ditambah pula dengan nilai yang hebat menjadikan Awesome Loaded satu kombinasi terbaik bagi mereka yang mencari tawaran hidangan terhebat,” katanya.

PIC 4

Awesome Loaded akan dipromosikan di media massa: TV, radio dan akhbar. Media Sosial dan digital juga akan digunakan bagi memastikan Pizza Hut dapat mencapai pelanggan-pelanggannya  yang celik IT.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *