(SEMASA) RANGKAIAN BAHARU VASELINE DENGAN TITISAN MIKRO VASELINE JELLY MEMBANTU UNTUK MEMULIHKAN KEROSAKAN KULIT DARI DALAM

Spread the love

03

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2015 – Vaseline percaya bahawa kulit yang sihat bermula dengan melembapkannya dari dalam. Menerusi warisan Vaseline asli iaitu Vaseline Jelly yang juga dikenali sebagai “wonder jelly” yang mengunci kelembapan, Vaseline kini melancarkan rangkaian losyen baharu dan inovatif yang mempunyai titisan mikro Vaseline Jelly untuk membantu memulihkan kerosakan kulit dari dalam.

Vaseline-Groupshot

Kulit kita akan mengalami masalah kehilangan kelembapan, kulit kering dan rosak. Ini disebabkan oleh pendedahan harian kepada faktor alam sekitar. Di Malaysia, dengan cuaca panas sepanjang tahun, kaum wanita mengalami tona kulit tidak sekata dan kulit kering disebabkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari dan ini menyebabkan ketidakselesaan apabila kulit mereka kelihatan tidak sekata, kering dan tidak sihat. Apabila kulit tampak kusam dan kering, terdapat petanda masalah dalaman dan ia menunjukkan bahawa pelindung kulit kita tidak berfungsi dengan baik. Vaseline membantu memberikan penyelesaian berpanjangan serta manfaat jangka panjang untuk kulit benar-benar cerah dan licin.

01.1

Rangkaian produk losyen Vaseline yang baharu dengan titisan mikro Vaseline Jelly ialah satu rumusan tidak melekit yang mampu menjadikan kulit cerah dan lembut. Ia melembap jauh ke dalam untuk memulihkan kulit kering, membantu mempercepatkan pemulihan kulit dan menyokong pencerahan kulit dengan menyingkirkan kulit rosak dari dalam. Kebanyakan losyen harian menyediakan lembapan serta-merta dan kelegaan kepada mereka yang mempunyai simptom kulit kering, tetapi tidak menangani masalah lebih mendalam. Kulit yang benar-benar kelihatan sihat dan lembap hanya boleh dicapai dengan memulihkan kerosakan kulit dari dalam dan ia bermula dengan Vaseline Jelly yang membantu wanita menangani kulit kering dengan mengunci kelembapan.

“Sejarah Vaseline bermula sejak 145 tahun lalu dengan keazaman Sir Robert Chesebrough dan minatnya yang mendalam untuk memahami tiga fungsi pembersihan Vaseline Jelly dan keajaiban yang dilakukannya pada kulit. Hari ini, matlamat kami adalah untuk menjadikan Vaseline Jelly yang asli dan bersifat pemulihan ini sebagai keutamaan setiap produk kerana tiada yang mempunyai kuasa pemulihan kulit seperti Vaseline Jelly. Ia mengunci kelembapan dan membantu memulihkan kulit dari dalam. Rangkaian losyen baharu Vaseline ini merupakan satu penyelesaian bagi wanita yang mahukan kulit yang cerah, lembap dan kelihatan sihat,” kata Ashlee Ng, Pengarah Produk Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

02

Terdapat titisan mikro Vaseline Jelly di dalam 8 varian rangkaian losyen Vaseline Intensive Care dan rangkaian Vaseline Healthy White. Malah, semua varian pencerahan hadir dengan manfaat tambahan untuk memenuhi keperluan kulit setiap individu.

Rangkaian Pencerahan Sihat Vaseline merangkumi:-

  • Insta Fair dengan Skin Micro Reflector, vitamin B3 dan Glycerin – untuk kecerahan nyata dari aplikasi pertama dan melembapkan kulit agar kulit kelihatan cerah dan lembut sentiasa
  • UV Lightening dengan vitamin B3 dan tiga kali ganda pelindung suria – untuk kulit lebih cerah dalam masa 2 minggu
  • Perfect 10 dengan AHA dan Pro Retinol – untuk manfaat 10-dalam-1 bagi kulit yang kelihatan cerah sempurna
  • SPF24 PA++ untuk Perlindungan UVA dan UVB – untuk pencerahan kulit di di sampling pelindungan dari matahari

Rangkaian baharu Vaseline dengan titisan mikro Vaseline Jelly kini boleh didapati di kini boleh didapati di semua semua peruncit utama, farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang produk tersebut, layari www.vaseline.com.my.

Rangkaian Pencerahan Vaseline

Untitled


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *