(SEMASA) Sentuhan Kemahiran, Seni & Fesyen: BOLON Melancarkan Koleksi Kaca Mata Baru

Spread the love

Kuala Lumpur, 5 October 2017 – Jenama kaca mata, Bolon, kali ini menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang baharu. Koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik dan personaliti tersendiri. Ianya juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.

Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri)

Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 di mana jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakan di segenap rantau Asia Pasifik.

Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon yang kualiti tinggi dengan teknik kemahiran terkini, dapat menjamin keaslian produknya dan keselesaan penglihatan si pemakai untuk menggayakannya.  Dihasilkan dan diedarkan oleh Kumpulan Essilor, kaca mata Bolon diperbuat daripada Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan warna dan tekstur yang menarik. Ianya juga direka daripada Resin Memori TR-90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.

Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi di mana si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.

Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *