(SEMASA) Speaker Philips BT1300 untuk Bunyi Nyaring di Tangan Anda

Spread the love

???????????????????????????????????????????????

WOOX Innovations dengan bangganya mengumumkan pelancaran speaker Philips BT1300 dalam pasaran Malaysia yang mempunyai bunyi nyaring yang muat sempurna di tapak tangan anda!

Speaker yang bergaya dan mudah alih dengan sambungan Bluetooth ini menawarkan penstriman audio selama lapan jam berturutan. Bateri yang boleh dicas semula membolehkan anda menikmati audio dari peranti mudah alih anda di mana-mana sahaja, baik untuk muzik mahu pun video dan permainan.

Prestasi audio canggih boleh diperolehi di dalam pakej yang begitu kecil ini kerana speaker sudutnya membolehkan lontaran bunyi yang luas menerusi reka bentuk yang kompak. Anda perlu mendengar sendiri kualiti bunyi yang dihasilkan oleh gajet kecil ini untuk mempercayainya.

Fungsi ‘anti-clipping’ memastikan penghasilan muzik yang kuat dan bebas gangguan, walaupun ketika bateri lemah.  Mikrofon bina dalam di speaker membolehkan anda membuat panggilan telefon secara ‘hands-free’ dan muzik akan dihentikan seketika secara automatik dan disambung semula selepas anda membuat panggilan.

Fungsi ‘audio-in’ memudahkan penyambungan ke hampir semua peranti elektronik Bluetooth tanpa perlu mengalami masalah sambungan seperti speaker lain.

Melengkapkan lagi kecanggihan dan ciri mudah alih speaker ini adalah tali pemegang tahan lasak yang dikait halus. Sebagai pelengkap terakhir speaker Philips BT1300 adalah sarung silikon pelbagai warna yang kukuh dan mampu melindunginya daripada calar, haus dan lusuh.

Menurut Encik Andrew Tan, Ketua Perniagaan WOOX Innovations Malaysia, speaker Philips BT1300 direka bagi melengkapi gaya hidup ‘urban nomad’ yang sentiasa bergerak dan inginkan pengalaman audio yang lebih baik tanpa bebanan gajet yang berat.

“Peranti mudah alih kami menerangkan kita sekarang, dan ada masanya kita mahu menjadi kuat, atau mahu berkongsi kesungguhan dan keghairahan mengenai alat peranti kami. Philips BT1300 direka untuk mereka yang inginkan bunyi yang hebat walau dimana mereka berada- ketika mengembara, berkerja, bersenam atau apa sahaja aktiviti. Anda perlu mendengar untuk mempercayai!’ kata beliau.

Speaker Philips BT1300 dijual pada harga RM149.00 dan terdapat dalam empat warna (hitam, hijau pucuk pisang, merah dan biru). Ia boleh didapati di semua gedung jualan utama di Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *