(SEMASA) Sunshine Bread tawar roti berkhasiat dan sihat, dilancarkan secara rasmi di Lembah Klang

Spread the love

Sunshine Bakeries, jenama yang terkenal dengan tawaran rotinya yang sihat dan lazat, hari ini melancarkan secara rasmi produknya yang diperbuat menggunakan bahan-bahan terbaik dengan penuh ketelitian di wilayah Lembah Klang.

Peluasan pengedaran ke Lembah Klang dari Seremban merupakan progress lazim yang dilakukan oleh syarikat dalam usaha mencapai misinya untuk memenuhi keperluan penggemar roti yang mementingkan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew berkata, “Dengan pelancaran rasmi produk ini di Lembah Klang, kami berbesar hati ingin menjemput penggemar roti yang mementingkan penjagaan kesihatan untuk merasai kelainan dalam roti kami yang mengandungi 100 peratus kebaikan. Kami percaya kita boleh menjalani kehidupan yang sihat dan tetap menikmati kelazatan makanan pada masa yang sama. Penyelidikan pengguna yang kami jalankan mendapati bahawa rakyat Malaysia masih mencari pilihan roti yang inovatif dan berkhasiat yang diperbuat daripada bahan-bahan premium, justeru itu kami berusaha mengisi jurang tersebut menerusi rangkaian produk kami.

Kami berharap penduduk Lembah Klang menyukai kepingan roti klasik dan roti berkrim kami yang mampu menyemarakkan hari mereka dengan cara yang sihat.”

Dikenali dengan kandungan nutriennya yang tinggi sejak 1930, jenama ini kekal komited untuk menghasilkan roti berkualiti tinggi menggunakan resipi tradisional khas yang telah dinikmati sejak turun temurun. Bahan-bahan seperti tepung gandum berkualiti tinggi dan oat Australia diperoleh dari seluruh dunia dan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat untuk memastikan roti yang dihasilkan adalah sihat serta lazat. Sunshine Bakeries mengendalikan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang tertinggi, agar pelanggan tahu bahawa mereka sentiasa membuat pilihan terbaik.

Sunshine Bakeries kini menawarkan variasi roti seperti roti putih Soft White, roti mil penuh 100% Australian Oat dan Roti Dengan Germa Gandum dan Bran, yang padat dengan nutrien serta mempunyai 0 peratus lemak trans, 0 peratus pewarna tiruan, 0 peratus perasa tiruan dan 0 peratus kolesterol.

Selain itu, penggemar roti juga pasti tertarik dengan roti gandum berkrim Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila dan Coklat Hazelnut.

Tawaran roti yang sihat untuk seisi keluarga

Roti Putih Soft White Sunshine diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi yang berkualiti, menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu tanpa menjejaskan kelazatannya. Roti Putih Soft White Sunshine sesuai buat mereka yang mencari pilihan rendah gula kerana roti ini rendah gula tetapi tinggi dengan kalsium, protein dan sumber vitamin B1, B2, B3, serta zat besi yang baik.

Penggemar oat pasti menyukai rangkaian Roti Mil Penuh 100% Australian Oat Sunshine yang diperbuat daripada emping oat Australia premium, memberikannya kunyahan lembut dan berbutir. Australia mempunyai salah satu persekitaran paling bersih di dunia dan merupakan antara pengeluar utama oat gred makanan yang mempunyai rasa serta aroma yang menakjubkan. Roti Mil Penuh 100% Australian Oat Sunshine juga tinggi dengan kalsium, serat, dan mempunyai 19 gram bijiran penuh dalam setiap hidangan. Roti ini juga diberikan pengiktirafan oleh Whole Grain Council yang merupakan satu kelebihan sebagai pilihan yang lebih sihat untuk anda.

Jenama ini juga menawarkan rangkaian Roti Sunshine Dengan Germa Gandum dan Bran yang mempunyai rasa lazat dan tinggi dengan kalsium, serat dan protein untuk kesihatan optimum. Roti Sunshine Dengan Germa Gandum dan Bran juga rendah lemak yang membolehkan seseorang menikmati keenakannya dan masih mengekalkan berat badan yang sihat serta memperbaiki tahap kolesterol pada masa yang sama.

Buat mereka yang ingin mendapatkan pilihan segera yang mudah dan lazat boleh memilih rangkaian roti gandum berkrim Mentega Gula Sunshine, iaitu roti berkrim yang lazat hasil paduan mentega premium penuh berkrim dan kristal gula yang rangup, serta roti Coklat Hazelnut, yang dibakar menggunakan hazelnut Itali paling baik dan diadun bersama coklat yang sungguh kaya. Di samping itu, penggemar roti berkrim juga pasti teruja dengan perisa klasik daripada Sunshine Bakeries iaitu roti Biskut & Krim, yang padat dengan 100 peratus biskut sebenar, serta roti Vanila yang penuh aroma dengan campuran vanila yang kaya dan berkrim, pastinya pilihan yang sukar ditolak.

Sempena Hari Roti Sedunia yang diraihi pada 16 Oktober, penggemar roti boleh menikmati rangkaian roti Sunshine Bakeries serta mencuba kombinasi roti yang kreatif dan berlainan untuk menikmati nutrisi dalam setiap suapan.

Penduduk Lembah Klang boleh mendapatkan rangkaian roti sihat Sunshine Bakeries di kedai runcit terpilih.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *