(SEMASA) SURIA fm bayar bil anda ……….Suria FM Menceriakan Poketmu!

Spread the love

SURIA_BAYARKAN_1

Suria FM kini sedang sibuk dengan kempen Suria Bayarkan yang telah bermula pada 2 September 2013 yang lalu. Setakat seminggu peraduan ini berlangsung, maklumbalas yang kami terima dari para pendengar amat menggalakkan dimana kami telah menerima 1604 gambar bil-bil yang minta untuk dibayarkan. Ada yang menghantar bil telefon, bil utiliti, bil barangan dapur, bil kad kredit dan sebagainya.

 SURIA_BAYARKAN_2

Pendengar dari segenap tempat tidak putus-putus memuat naik gambar bil-bil mereka di www.suriafm.com.my untuk kami bayarkan bil mereka. Suria FM ada sehingga RM50,000 untuk menyelesaikan bil-bil anda. Buat yang masih menantikan nama anda disebut oleh penyampai Suria FM, harap bersabar dan jangan berputus asa kerana peraduan ini akan tamat pada 27 September 2013.

Dalam pada kami menerima pelbagai jenis bil-bil, ada satu bil yang membuatkan kami ternganga apabila menerima bil kad kredit berjumlah RM144,000! Ada juga yang menghantar gambar gaun perkahwinan dengan harapan kami akan membayarnya. Hantar muka sendiri? Pun kami ada terima. Memang mengujakan! Bil paling tinggi yang kami bayar setakat ini adalah bil kredit kad berjumlah RM1755.

Tidak kira apa pun bil anda, bil hospital, bil PTPTN, bil pengajian tinggi, bil barangan dapur, bil persekolahan dan sebagainya, jangan segan untuk melayari laman web kami dan kami akan bayarkan bil-bil anda. Semuanya di dalam Suria Bayarkan, Suria FM Menceriakan Poketmu!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *