(SEMASA) U Mobile lancar pelan terbaik DAN MUDAH untuk telefon pintar, dengan data berkelajuan tinggi serta panggilan TANPA HAD setiap hari, untuk RM78 sahaja

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2017 – U Mobile telah melancarkan pelan pascabayar terbaru yang dinamakan Unlimited Hero P78 di pameran kreatifnya yang bergelar ‘Unlimited Ideas’ hari ini. Pelan terbaru ini merupakan satu lagi inisiatif syarikat telekomunikasi ini bagi membolehkan pelanggannya menikmati keterujaan masing-masing malalui telefon pintar mereka pada bila-bila masa, tanpa perlu memantau penggunaan data berkelajuan tinggi mereka kerana pelan ini datang dengan data tanpa had. Tambahan pula, pelanggan Unlimited Hero P78 tidak perlu bimbang akan masa perbualan mereka dengan orang tersayang atau sahabat karib, kerana panggilan ke semua rangkaian juga adalah tanpa had, menerusi servis Call-Onz™. Semua manfaat ini dapat dinikmati hanya untuk RM78 sahaja.

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran berkata bahawa U Mobile yakin Unlimited Hero P78 merupakan pelan terbaik untuk pengguna telefon pintar dalam pasaran Malaysia hari ini. “U Mobile berazam mengeluarkan idea tanpa had supaya impian pelanggan kami dapat dicapai. Kami sengaja menghasilkan Unlimited Hero P78 sebagai satu pelan yang sangat mudah difahami. Seiring dengan perkembangan telefon pintar yang menjadi semakin canggih setiap hari, pelanggan juga sentiasa mencari cara yang baru untuk menggunakan data mereka. Justeru itu, kami telah membuat keputusan untuk menawarkan pelanggan kami data berkelajuan tinggi secara berterusan, supaya mereka dapat memenuhi apa-apa kehendak dan keperluan mereka.”

Beliau menambah bahawa manfaat pelan terbaru ini bukan sekadar data sahaja. “Selain data berkelajuan tinggi tanpa had, Unlimited Hero P78 juga menawarkan Call-Onz™, yang membolehkan pelanggannya membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Mereka juga bebas menggunakan data atau membuat panggilan mereka pada di mana-mana hari dan di bila-bila masa hanya untuk RM78 sahaja! Pelan terunggul ini memang tidak boleh dibandingkan”.

Selain data dan panggilan tanpa had, pelan Unlimited Hero P78 disertakan dengan Roam-OnzTM, satu perkhidmatan baru yang membolehkan pelanggan menikmati data berkelajuan tinggi sebanyak 5GB secara percuma untuk perayauan data di 12 negara terpilih, seperti Korea Selatan, India dan Australia.

Sempena pelancaran produk dan perkhidmatan baru ini, U Mobile turut menganjurkan pameran kreatif ‘Unlimited Ideas’, di mana Eunice Martin, pemenang anugerah top food influencer di Influence Asia 2017, dijemput untuk berkongsi seni reka berasaskan minatnya terhadap penggayaan serta fotografi makanan dengan para tetamu. Dalam pameran ini, Eunice Martin juga menghasilkan karya seni makanan eksklusif yang memetik ilham daripada Unlimited Hero P78 terbaru.

Unlimited Hero P78 dapat diperoleh bermula hari ini untuk masa yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.u.com.my/unlimited


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *